BAB 18

212 13 1
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
_______________________

AKU senyum sahaja bila Arcane hantar aku balik ke rumah. Dia tidak segera pulang. Dia sempat berbual dengan mama dan papa sebelum kembali ke pejabat. Dia sibuk tetapi dia masih cuba nak curi masa untuk keluar dengan aku. Kalau dia buat macam tu, macam mana aku nak tolak lamaran dia? Aku rasa lebih tertarik untuk terima berbanding tolak.

Kalau aku jadi isteri dia...

"Baby!" Suara Matthias menghancurkan segala lamunan ku. Aku yang duduk di atas dahan pokok memandangnya dari atas. Dia mendongak memandang ku.

"Baby. How's the date going? Has he committed any harm to you? Is it necessary for me to sever his limbs or pluck his eyeballs out? Huh?" Aku memejamkan mata apabila dengar soalan dari Matthias.

Satu benda yang pasti ialah, Matthias tidak main-main dengan apa yang baru sahaja dia cakap sebentar tadi. Aku baru pulang tidak sampai 15 minit dan dalam masa 15 minit itu, dia muncul depan aku. Lelaki ini sepatutnya berada di syarikat papa jadi kenapa tiba-tiba boleh ada di rumah?

Aku tidak perlu soal sesiapa. Aku sendiri tahu. Dia balik tanpa beritahu sesiapa sebaik sahaja dapat berita aku balik dari keluar bersama dengan Arcane.

"Jangan nak mengarut. Kalau abang apa-apa kan dia, I will hate you."

Riak wajah Matthias berubah sedih apabila aku ugut dia begitu. Bukan aku tidak sayang, tetapi, aku mahu dia get along with Arcane. Aku tidak suka bila Matthias nampak sangat mencurigai Arcane.

"Fine. Aku tak akan apa-apakan dia... I did that only because you ask me to left him alone. If not, I would never do that!"

Aku melompat turun dari pokok yang agak tinggi itu dan mendarat di atas tanah dengan kedua kakiku dengan selamat. Tidak sempat aku berdiri untuk memandang wajah Matthias, tubuh aku terlebih dahulu dipeluk olehnya.

"Baby... I swear. If you ever want to kill him, just tell me and I'll do it for you."

Aku laju mencubit perutnya. Dia mengaduh perlahan dan segera melepaskan pelukan dengan bibir yang muncung ke hadapan.

"Dia... Bukan someone yang abang patut benci. Dia mungkin akan jadi adik ipar abang jadi jangan usik dia. Jangan sentuh dia. Jangan sesekali apa-apakan dia."

__________________________

CZAR IVALO merenung Arcane yang dari tadi nampak kusut memikirkan sesuatu. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu. Dia tahu, lelaki itu bukan lagi Arcane yang pernah dia kenal satu masa dahulu. Lelaki yang dulu tiada tujuan hidup kini bersinar kembali dengan tujuan yang jelas.

Tujuan dia?

Hanya ada satu, iaitu Maysa Dareena. Perempuan yang berjaya buatkan orang dingin dan beku macam Arcane meleleh macam ais batu. Lelaki yang dikenali sebagai syaitan dalam organisasi pun boleh jadi sebaik malaikat bila jumpa dengan bidadari. Czar akui, Maysa sangat cantik jadi dia yakin akan ramai lelaki yang tertarik dengan gadis itu.

Dia sendiri tidak nafikan, kalau dia tidak tahu yang Maysa itu orang yang Arcane cintai, dia mesti sudah mengorat. Dan kalau dia mengorat Maysa, dia tahu peluru pistol Arcane akan menembusi dahinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now