BAB 5

1.5K 158 12
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

MAYSA hanya merenung makanan yang dibawa masuk oleh Victoria tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAYSA hanya merenung makanan yang dibawa masuk oleh Victoria tadi. Dia tiada selera nak makan. Hari ini sudah masuk hari kelima dia dikurung di dalam bilik. Dia tidak dibenarkan keluar. Dia tidak dibenarkan untuk lakukan apa-apa. Rasa nak marah tapi apalah yang boleh dia buat?

Dia nak berlatih seni pertahankan diri pun tiada mood. 5 hari dikurung di dalam bilik tanpa dibenarkan untuk berjumpa dengan Arcane buat dia makin sakit hati. Papa memang sengaja buat dia macam ni! Dia berjalan ke arah beranda bilik dan duduk di kerusi yang berada di beranda itu.

Namun waktu itu juga, dia nampak Arcane yang duduk di atas pokok sambil memandang ke arahnya.

"Luca?"

Bibirnya ternaik ke sebelah kiri apabila mereka saling berpandangan. Arcane sengih dan melambaikan ke arahnya sebelum lelaki itu berdiri dan melompat ke beranda biliknya. Terbuntang mata Maysa kerana terkejut dengan tindakan berani lelaki itu.

Kini, Arcane berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

"Maysa. Awak dah makan ke belum?" Soalnya.

"O—Oh! Urm... Belum. Saya tiada selera nak makan la."

Arcane mengelengkan kepalanya.

Tangan Maysa ditarik  dengan berhati-hati dan mereka berdua masuk ke dalam bilik tidur Maysa. Makanan yang berada di atas meja di tepi katil langsung tidak disentuhnya.

"Awak kena makan. Kalau sakit nanti macam mana?"

"Kalau tak makan dua tiga hari, tak akan sakit lah."

"Habis tu? Awak nak membazir la? Awak tahu tak berapa ramai orang mati kelaparan sebab tak ada makanan? Ni, orang dah masak. Siap bawa masuk dalam bilik awak lagi. Takkan awak nak membazir? May... Membazir tu amalan syaitan. Tak elok. Jangan amalkan."

Arcane membebel.

Arcane menolak bahu Maysa supaya dia duduk di birai katil. Arcane pula duduk di atas kerusi yang ada di tepi birai katil sambil memegang pinggan yang berisi makanan. Sudu disuakan kepada Maysa.

"Say, Aaaa."

Maysa mencebik.

"Membebel macam mak nenek."

Dia tetap membuka mulutnya, menerima suapan dari Arcane. Dia tidak menolak kerana, dia pun memang lapar sebenarnya. Dia sengaja nak protes sebab papa tak benarkan dia keluar dari bilik. Tapi mood dia jadi lebih baik sebab Arcane ada di sini.

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now