BIL 1

2.5K 83 35
                                    

❀𝑨𝒊𝒏𝒖𝒓ꨄ︎𝑰𝒛𝒎𝒂𝒏❀

"Raisya, bunyi apa tu!?" Tanya Ainursyah sedikit menjerit. Terkejut bukan main dia bila terdengar bunyi benda jatuh di dapur.

"Senduk jatuh!" Laung Raisya. Maklumlah jarak antara dapur dan ruang tamu agak jauh sedikit jadi mereka terpaksa menjerit.

"Kau ni, hati-hati lah" tegur Ainur.

"Okay!" Balas Raisya.

Nurul yang baru sahaja bangun dari tidurnya terus meluru ke ruang tamu. Balang keropok yang berada di tangan Ainursyah diambil secara tiba-tiba. Ainursyah sekadar menjeling.

"Kau ni tak senonoh lah, pergi mandi!" Arah Ainursyah.

"Alah kau ni, sabar lah dulu, hari minggu macam ni kenalah relax tenang kan fikiran" balas Nurul.

"Banyak lah kau, dah lah busuk pergi jauh-jauh" kata Ainursyah sambil menolak badan Nurul ketepi.

Tanpa kata Nurul bergerak ke dapur. Tak nak kawan Ainur!

"Yow Raisya,masak apa tu?" Tanya Nurul.

"Mee goreng" balas Raisya.

"Wah, rajin kau masak" puji Nurul.

"Of course, kejap lagi aku nak keluar dating dekat pantai, kita orang nak picnic" kata Raisya.

"Dating tak ajak do" celah Ainursyah.

Nurul menjeling Ainursyah sekilas. Sibuk je dekat sini, tadi halau orang!

"Mana boleh ajak, itu bukan dating namanya" kata Raisya.

"Ceh, nanti aku ajak Rayden keluar juga lah" kata Nurul.

"Pergilah tak kisah pun" kata Raisya.

"Memandangkan korang dah ada dekat dapur ni silalah tolong aku ambil cawan dan pinggan aku nak bawak mee goreng ni ke depan sekejap" arah Raisya.

Ainursyah dan Nurul sekadar mengangguk perlahan.

Selesai sahaja mereka menghidangkan mee goreng dan teh panas mereka memulakan aktiviti makan mereka.

"Weh Ainur asal aku tengok kau macam dah lama je tak keluar dengan si Adam tu selalu nya setiap hujung minggu macam ni kau dah keluar dating dengan dia" tanya Raisya.

Nurul turut mengangguk tanda setuju dengan apa yang di soalkan oleh Raisya.

"Entah lah Adam tu, semenjak dua menjak ni aku call tak angkat mesej pun tak reply" kata Ainursyah perlahan. Kadang-kadang dia rasa macam Adam dah tak serius dengan hubungan mereka.

"Mungkin dia busy kot" kata Nurul untuk menyedapkan hati Ainursyah.

"Mungkin" kata Ainursyah lemah. Husnuzon je lah.

"Haish, aku tak rasa macam tu, dari dulu lagi aku tak suka tau dengan si Adam tu, dia tu kaki perempuan, memang tak lah dia nak setia, aku dah cakap awal-awal dulu yang Adam tu tak sesuai dengan kau tak nak dengar" bebel Raisya.

Melihat wajah Ainursyah yang kian mendung terus Raisya berkata.

"Haish dah lah tak payah fikir, makan cepat, nanti sejuk tak sedap pula"

Mereka bertiga meneruskan aktiviti makan mereka sehingga tiba-tiba telefon bimbit milik Ainursyah berbunyi.

Ting!

Menandakan ada mesej masuk.

Selesai sahaja Ainursyah dari membaca mesej tersebut terus dia tersenyum lebar.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now