BIL 28

484 31 4
                                    

"Cantiknya kau Ainur" puji Nurul.

"Terima kasih"

"Ish kau ni, ni nak kahwin ke tunang ha? Cantik macam ni tak adil" bebel Raisya.

Ainursyah tergelak kecil.

"Mana ada lah. Biasa je" kata Ainursyah.

"Jom selfie!" Ajak Raisya. Telefon pintarnya dibuka dan aplikasi kamera ditekan.

Kcak!

Kcak!

Setelah puas bergambar pintu bilik tidur Ainursyah dibuka dari luar.

"Ainur, umi dah sampai" kata Puan Aminah.

Kelam kabut Ainursyah duduk dikatil. Nurul dan Raisya meminta diri untuk keluar. Memberi peluang kepada keluarga Izman masuk ke dalam.

Telefon bimbit ditangan dibuka. Nombor seseorang di dail.

"Hello"

"Waalaikumussalam sayang"

" Ish you ni Aiden. Assalamualaikum"

Dapat dia dengar Aiden ketawa dihujung talian.

"Waalaikumussalam, kenapa you call I, rindu ke?" Soal Aiden.

"Tak ada makna. Ni I nak tanya you datang ke?" Soal Raisya.

"Datang. I dekat luar ni ha. Rayden dan Izman pun ada dengan I"

"Nanti suruh lah Izman masuk... Duduk dekat pelamin mini luar tu. Boleh ambil gambar" kata Raisya.

"Okay sayang... You tak nak bergambar dengan I ke?" usik Aiden.

"Kalau you nak I okay je" balas Raisya dan mematikan panggilan.

Nurul disebelahnya dipandang.

"Rayden ada dengan Aiden" kata Raisya. Nurul mengangguk.

Mereka mulai ke luar rumah. Baik mereka makan dulu.

🧁

Terketar-ketar dia menghulurkan tangan untuk disarungkan cincin. Nervous teramat!

"Tahniah bakal menantu umi" bisik Puan Asnah san memeluk erat badan Ainursyah. Ainursyah turut membalas pelukan umi.

🧁

"Okay duduk rapat sikit... Tunjuk cincin, okay 1,2, 3 set!" Kata jurufoto yang mengambil gambar pertunangan mereka.

Ainursyah mula merapatkan diri kearah Izman namun jarak masih dikekalkan kerana mereka belum halal. Baru bertunang bukannya berkahwin.

Raisya dan Nurul terkekeh-kekeh ketawa melihat Ainursyah yang kaku di situ. Kayu betul!

"Ainur! Buat lah gaya sikit. Senyum! Janganlah nampak macam terpaksa sangat!" Usik Nurul.

Raisya mengangguk laju mengiyakan kata-kata Nurul.

Ainursyah menjeling kedua-dua sepupunya dengan tajam. Nak kena ni!

"Smile Ainur... You're beautiful when you smile" bisik Izman perlahan.

Lama-lama Ainursyah terus menarik senyum malu. Serentak itu beberapa keping gambar mulai ditangkap oleh jurufoto.

🧁

Beberapa bulan kemudian

"Ainur, lepas ni kita nak pergi mana?" Soal Izman. Fokusnya masih lagi terarah kepada pemanduannya. Kalau pandang Ainur silap hari bulan terbabas pula kereta yang dia pandu ini.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now