BIL 13

436 39 4
                                    

"Aiden..." Kata Ainursyah sebaik sahaja kereta milik Aiden berhenti di hadapan pagar rumah.

"So how? Dah dapat contact Raisya?" Soal Aiden.

"Belum, aku dah call dia tapi tak angkat. Aku risau" kata Ainursyah.

"Naik kereta aku... Kita gerak sekali cari Raisya" arah Aiden.

Nurul dan Ainursyah sama-sama mengangguk. Pintu belakang kereta di buka. Mereka berdua masuk.

"Hi Rayden.." sempat Nurul menyapa Rayden yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Rayden sekadar menjeling sekilas.

"Huh, sombong!" Kata Nurul dalam hati. Tunggu kau, nanti aku buat kau suka aku.

Tika ini Nurul dan Rayden masih lagi tidak mempunyai apa-apa hubungan. Nurul dan Rayden kenal hanya atas dasar Raisya dan Aiden. Siapa je yang tak kenal Raisya, gadis paling popular dalam universiti. Popular disebabkan apa? Disebabkan kecantikan dan cara pergaulan bebas antara Raisya dan yang lain.

Berbanding pula dengan Ainursyah dan Nurul yang begitu pemalu untuk berkawan dengan orang lain. Jadi mereka berdua hanya mengikut Raisya sahaja.

.
.
.
.
.

Setelah 20 minit memandu Aiden mula meliarkan pandangan mencari kelibat Raisya.

"Betul ke dekat sini Raisya selalu lepak?" Soal Aiden tidak percaya.

"Iya betul lah... Selalunya tiap kali cuti sem dan kita orang datang Kuala Lumpur sini lah tempat Raisya lepak" kata Ainursyah yakin.

Rayden memandang keliling kawasan.

"Itu bukan ke kereta Ikram?" Soal Nurul.

Semua mata memandang ke arah yang Nurul nyatakan.

"Betul lah tu, Aiden cepat berhenti" kata Ainursyah.

Aiden terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Tanpa kata Ainursyah terus membuka pintu kereta. Dia mendekati kereta Ikram.

"Tak ada, Raisya tak ada dalam ni" kata Ainursyah.

"Tak kan dalam ni?"  Kata Nurul pula.

"Kita kena masuk" kata Aiden.

"Gila! Aku tak pernah masuk siak, sejahat jahat aku, aku tak jejak tempat haram ni" kata Rayden sambil menggeleng.

"Kau ingat aku pernah masuk ke sial? Kita dah tak ada pilihan lain selain daripada masuk situ. Tak kan nak biarkan perkara buruk terjadi pada Raisya" kata Aiden. Memang dia digelar sebagai bad boy dari zaman sekolah lagi tetapi dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke tempat seperti ini. Kalau mamanya tahu memang habis dia kena bebel.

"Aku nak masuk juga!" Kata Ainursyah.

"Kau nak masuk?" Tanya Rayden tak percaya.

"Aku pun" kata Nurul.

"Tak boleh, korang berdua perempuan lagi pun korang berdua bertudung. Tak manis orang pandang" kata Aiden.

"Tak kira, kami tetap nak masuk. Raisya tu kawan baik dan sepupu kami. Susah senang kita orang sentiasa bersama. Tak kan aku tak boleh berkorban demi Raisya? Sedangkan dia dah berkorban nyawa dia untuk aku" kata Ainursyah tekad.

Nurul turut mengangguk.

Aiden dan Rayden sama-sama mengeluh.

"Baiklah, kau orang berdua boleh ikut tapi if anything bad happen to both of you, aku tak bertanggungjawab" kata Aiden.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now