"Jujur dengan aku, kau buat apa dekat sini?" Desak Ainursyah. Kini mereka berada di bawah pokok kelapa. Nasib pokok kelapa ni sudah tidak berbuah, bahkan pelepahnya juga tiada dek sambar petir. Entah bila akan ditebang pun dia tidak tahu.
Izman tersengih.
"Aku photographer. Lagi pun aku dijemput" kata Izman sambil menunjukkan camera ditangannya.
Ainursyah menekup mulutnya. Jadi photographer yang ambil gambar mereka tadi adalah Izman. Bagaimana dia tidak boleh perasan ni. Malunya. Sudahlah tadi dia buat pelbagai gaya. Mesti lelaki itu akan mentertawakan dirinya.
"Tak payahlah buat muka macam tu. Macam lah aku tak kenal kau. Umi aku pun ada sekali. Dekat dalam rasanya" kata Izman.
"Wait macam mana umi kau boleh dapat jemputan. Korang dah tak tinggal dekat rumah lama kan?" Soal Ainursyah.
"Tak. Cuma nya ibu kau dan umi aku masih lagi berhubung dari dulu sampai sekarang. Kau saja yang tak tahu" selamba sahaja Izman menuturkan kata-katanya.
Ainursyah menjeling Izman tajam. Nak cakap aku ni tak peka ke apa?
"Habistu macam mana kau boleh jadi photographer ni? Bukan ke kau course perniagaan" soal Ainursyah. Pening!
"Haish, kau ni. Hobi aku dari dulu kan memang suka tangkap gambar. Dan cita-cita asal aku pun nak jadi photographer. Tapi abah aku yang suruh ambil alih syarikat dia jadi aku terpaksa lah ambil course yang aku tak minat. Tapi tak apa aku jadi photographer sambilan je" terang Izman.
Ainursyah mengangguk kepalanya berkali-kali. Faham.
"Kau dah makan ke?" Soal Ainursyah prihatin.
"Belum. Nanti aku makan lah"
"Bukan ke sepatutnya kau kena tangkap gambar pengantin?" Ini boleh pula Izman berada di sini. Curi tulang ke apa?
"Kawan aku ada juga. Dia yang uruskan pula. Aku ambil gambar yang dekat masjid tadi je. By the way, kau dari dulu tak berubah kan kaki selfie!" Selamba sahaja Izman mengata Ainursyah. Sejurus itu dia terus bergerak meninggalkan Ainursyah yang menahan geram. Suka betul dia mengusik Ainursyah.
🧁
"Ainur, lama betul kau ambil air" tegur Nurul sebaik sahaja Ainursyah tiba di meja.
"Tadi aku jumpa Izman"
"What!?" Soal Raisya dan Nurul serentak.
"Ish kau orang ni, perlahan lah sikit suara tu. Orang tengok lah" tutur Ainursyah.
"Hehehe" mereka menayangkan sengihan.
"Dia buat apa dekat sini?" Soal Raisya ingin tahu.
"Dia photographer"
"Wait, jangan cakap mamat photographer tu dia" kata Nurul.
Ainursyah mengangguk tanda iya.
"What!?" Sekali lagi suara Raisya dan Nurul bergema sehingga mendapat jelingan tajam dari para tetamu yang lain.
Laju saja jari Ainursyah mencubit lengan kedua-dua sepupunya itu. Orang dah suruh diam kan. Kecoh betul lah!
"Bisinglah" marah Ainursyah.
Sekali lagi mereka hanya menayangkan sengihan.
YOU ARE READING
C | BELIEVE IN LOVE
Romance(karya kedua by Atieiza) "Aku tak nak disebabkan perasaan cinta kau pada aku, hancur hubungan persahabatan kita" - Ainursyah "Selagi aku hidup aku akan bahagiakan kau macammana aku bahagiakan kau disaat pertama kali kita berjumpa" - Tengku Izman : :...