Pintu bilik dibuka dari dalam, kakinya terus melangkah keluar saat melihat kelibat orang yang dia nanti kan.
"Raisya!" Panggil Ainursyah.
Raisya tersenyum nipis. Kakinya bergerak ke arah Ainursyah.
"Yes Ainur why?" Soal Raisya.
"Kau okay? Semalam Nurul kata kau balik marah-marah" tanya Ainursyah.
"Aku okay, cuma semalam aku penat sikit. Lagi pun semalam aku kena kejar dengan anjing. Kau tak payah risau lah. Aku nak gerak dah, kau nak naik sekali ke?" Kata Raisya. Sorry Ainur, aku tak nak susah kan kau dah. Kau pun ada masalah tersendiri.
"Boleh ke? Kalau kau okay aku okay je, lagi pun aku malas nak drive" kata Ainursyah sambil tersengih.
"Aku okay je, jom lah kalau nak naik sekali. Aku nak singgah library itu yang aku pergi awal" kata Raisya.
Ainursyah mengangguk.
"Kau tunggu dekat bawah tau aku nak ambil beg sekejap" pinta Ainursyah.
Raisya hanya mengangguk.
Terkedek-kedek Ainursyah bergerak ke bilik tidurnya untuk mengambil beg dan buku. Sampai sahaja di bawah dia terus menarik Nurul yang berada di meja makan.
"Kita naik dengan Raisya" kata Ainursyah.
Nurul mengerutkan dahinya. Apasal tiba-tiba je ni?
"Jangan cakap apa-apa kita ikut Raisya je. Jom!" Ajak Ainursyah.
Nurul hanya akur. Dia mencapai beg dan buku-buku yang berada di atas meja.
Raisya hanya diam tidak bercakap. Pintu kereta di buka dan dia masuk ke bahagian tempat duduk pemandu manakala Nurul membuka tempat duduk penumpang belakang dan Ainursyah tempat penumpang hadapan.
Perjalanan dimulakan tanpa sebarang percakapan. Bunyi bising yang terhasil daripada radio juga tidak kedengaran kerana Raisya tidak memasang radio.
Ainursyah memberi isyarat mata kepada Nurul untuk memulakan percakapan.
Nurul hanya blur tidak faham apa yang Ainursyah isyarat kan. Ainursyah membulatkan matanya.
Nurul terus faham.
"Er... Raisya" kata Nurul perlahan.
"Hmm" gumam Raisya.
"Kau.."
"Kalau kau nak tanya aku okay atau tidak jawapannya aku okay, dan kalau kau nak tanya tentang hal semalam kenapa aku balik serabai, itu sebab aku kena kejar dengan anjing. Kasut baru aku habis rosak dan sebab itu aku tak ada mood" kata Raisya panjang lebar tanpa sempat Nurul bertanya.
Nurul hanya mengangguk faham.
"Sorry.." kata Raisya tiba-tiba.
"For what?" Tanya Nurul hairan.
"Semalam, aku marah kau. Aku kalau tak ada mood memang macam tu, aku harap kau faham" kata Raisya.
"Tak apa, aku tak ambil hati pun" kata Nurul.
Raisya hanya tersenyum nipis.
Pemanduan diteruskan sehingga ke universiti.
🧁
Buku ditangan dipeluk kemas. Kaki mengatur langkah dengan berhati-hati dengan mulut yang tidak habis membebel.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Soal Ainursyah pada Izman yang memandang dia bagaikan ingin telan.
YOU ARE READING
C | BELIEVE IN LOVE
Romance(karya kedua by Atieiza) "Aku tak nak disebabkan perasaan cinta kau pada aku, hancur hubungan persahabatan kita" - Ainursyah "Selagi aku hidup aku akan bahagiakan kau macammana aku bahagiakan kau disaat pertama kali kita berjumpa" - Tengku Izman : :...