"Ainur! Tunggu!" Laung Izman. Laju langkahnya mengejar Ainursyah.
Ainursyah tidak mengendahkan Izman malah dia terus melajukan langkahnya. Lengannya direntap dari belakang. Matanya tajam menikam anak mata Izman. Wah dah berani rentap lengan orang?
"Ish! Nak apa lagi?" Soal Ainursyah malas.
"Please let me tell you the truth Ainursyah"
"Apa lagi? Nak cakap apa lagi? Sudah terang lagi nyata kau tipu aku!"
"Ya, aku tahu aku dah tipu kau tapi beri lah aku peluang untuk nyatakan sebab aku tipu kau!" Suaranya mulai meninggi menandakan dia serius dengan apa yang dia katakan.
Ainursyah mulai mendiamkan dirinya menanti apa yang bakal keluar dari bibir Izman.
Sebenarnya dia tidak lah terlalu marah cumanya dia sedikit terkilan.
"Aku tak bagi tahu kau sebab aku tak nak kau benci aku..."
Melihat tiada respon dari Ainursyah Izman terus menyambung ayatnya.
"Iya lah dulu aku tak percayakan kau. Aku lebih percayakan gambar yang Farhana bagi. Sedangkan kau kawan aku. Lepastu aku ego, aku tak datang melawat kau. Tapi aku tak melawat kau bersebab. Aku dah ada dekat luar negara. Aku minta maaf"
"Farhana? Dia yang bagi gambar tu pada kau? Dan dia yang sebarkan gambar tu?"
"Ya, dia yang buat semua tu. Aku, aku tak tahu apa motif dia tapi bila dia jumpa aku minggu lepas baru aku tahu motif dia apa"
"So apa motif dia?" Soal Ainursyah
Dia benar-benar tidak sangka Farhana punca segalanya. Kenapa? Apa salah dia pada gadis itu. Bukankah mereka berkawan baik ketika sekolah dahulu."Sebab dia tak nak tengok kau bahagia. Dia cemburu dengan kau"
"Apa lagi yang nak dicemburui oleh dia. Dia tu ada segalanya. Haish, aku tak fahamlah" tangannya naik memicit kepalanya. Pening betul dengan orang yang macam itu.
"Aku tak tahu. Cuma yang aku tahu dia tak nak kau bahagia. Dia nak kan aku. Tapi aku tak nak dia. Aku sukakan kau. Bukannya dia"
"Huh! Jadi kau lah puncanya? Kau pergi je lah dekat dia" selamba sahaja Ainursyah menyuruh Izman pergi ke Farhana. Dia tak tahu ke yang Izman itu cinta mati padanya.
"Kau! Tak nak aku! Aku suka kau bukannya dia. Titik" kata Izman bersungguh-sungguh.
"Then buktikan" selamba Ainursyah menutur kata dan bergerak meninggalkan Izman yang terpinga-pinga.
"Adakah ini satu penerimaan?" Soal Izman sendirian.
Ainursyah menyimpul senyum dalam diam.
🧁
"Abang kau kahwin bila?" Soal Raisya.
"Sabtu minggu ni. Buat dekat rumah opah asal?" Soal Nurul kembali.
"Kalau macam tu aku kena bagi tahu parents aku lah kan?"
"No need, mama aku dah bagi tahu mak su dan pak su. Dia orang balik sana hari Khamis"
"Oo.. so kau balik bila?" Soal Raisya.
"Aku balik jumaat. Lagipun aku bukannya nak kena tolong apa pun setakat tengok dan makan je" kata Nurul sambil mengunyah keropok ikan.
"Iya tak ye juga kan. Aku balik dengan kau lah. Ainur macam mana pulak?" Soal Raisya.
"Itu kau kena tanya dia. Aku tak sure yang dia nak ikut kita ataupun tak"
YOU ARE READING
C | BELIEVE IN LOVE
Romance(karya kedua by Atieiza) "Aku tak nak disebabkan perasaan cinta kau pada aku, hancur hubungan persahabatan kita" - Ainursyah "Selagi aku hidup aku akan bahagiakan kau macammana aku bahagiakan kau disaat pertama kali kita berjumpa" - Tengku Izman : :...