BIL 31

836 35 8
                                    

"Izman!" Jerit Ainursyah dan menolak Izman ke tepi.

"Bang!"

Bunyi tembakan dilepaskan kedengaran bersama dengan bunyi kesakitan.

"Argh!"

"Ainur!" Jerit Izman. Disebabkan tolakan Ainursyah tadi kepalanya terhantuk pada meja. Sakit tapi tidak sesakit Ainursyah yang terbaring akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh Farhana.

"Jangan bergerak!" Polis sudah pun berada dibelakang Farhana.

"Iz..."

"Shh, jangan cakap. Stay a wake" arah Izman.

"I'm s-sorry" kata Ainursyah dan pandangannya mulai gelap.

"Ainur! No!" Jerit Izman.

🧁

Izman pov

Kepala yang terasa berat membuatkan aku tidak mampu untuk membuka mata. Namun panggilan dari seseorang membuatkan aku gagahkan diri.

Perlahan-lahan mata ku terbuka. Namun penglihatan ku masih lagi kabur kerana cahaya putih yang begitu terang membuatkan aku tidak mampu untuk membuka mata dengan besar.

"Iz.." suara itu. Suara yang membuatkan aku terjaga.

Aku mula memalingkan wajah pada suara itu. Aku hanya menayangkan senyuman nipis kepada si dia yang berada di sebelah ku.

"Anak umi..." Panggilnya lagi. Umi.

"Umi... Ainur mana?" Soal ku. Dalam fikiran aku tiada yang lebih penting tika ini melainkan Ainur. Tunang ku.

Umi hanya mendiamkan diri. Aku mula rasa tidak sedap hati. Kenapa umi tidak menjawab.

Perlahan-lahan aku cuba untuk bangun dari baringan. Kaki dan anggota badan aku yang lain semuanya okay jadi tiada alasan untuk aku duduk. Hanya kepala sahaja. Itupun luka kecil.

"Umi, mana Ainur?" Soal aku sekali lagi.

Klak!

Pintu wad aku dibuka dari luar. Umu tidak menjawab malah umi terus keluar dari wad aku. Apa yang terjadi sebenarnya. Kenapa umi larikan diri dari aku.

"Rayden... Mana Ainur?" Soal ku pada Rayden yang baru sahaja masuk bersama Aiden.

"Iz... Kau tak okay lagi" kata Rayden.

"Kenapa susah sangat nak jawab soalan aku?" Kata ku geram.

"Atau..." Aku mula membuat spekulasi sendiri.

"No! aku nak jumpa Ainur, aku tahu dia masih hidup!" kata ku dan bangun dari duduk. Aku mula melangkah ke pintu. Namun badanku ditolak semula.

"Yang kau merepek sangat nak apasal?" Soal Rayden.

Aku menayangkan riak yang tidak faham. Aku keliru.

"Memang lah dia hidup. Tak ada siapa pun cakap dia mati!" Kata Rayden geram. Aku pandang Aiden yang duduk bersilang kaki di atas sofa mini yang terdapat di dalam wad.

"Habis tu, kenapa kau tak nak jawab soalan aku?" Soal aku.

"Haish kau ni. Ainur suruh kau rehat. Dia okay saja. Tembakan tu kena sipi-sipi sahaja. Jadi hanya luka" kata-kata Rayden membuatkan aku lega. Alhamdulillah tiada apa yang serius terjadi.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now