BIL 32 (Nurul×Rayden)

546 33 0
                                    

Empat bulan kemudian...

Nurul pov.

Kaki yang terasa berat untuk melangkah membuatkan aku kembali terduduk. Penatnya. Hari ni sudah hari kedua aku demam.

Namun aku harus gagahkan diri. Aku ada tempahan makanan untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku nak biarkan abah dan mama yang menguruskan hal itu.

Pintu bilik air menjadi tujuan ku. Sempat aku mencapai tuala yang berada di gantungan.

Selesai sahaja aktiviti membersihkan diri aku mula keluar dan masuk semula ke dalam bilik air untuk memakai baju.

Setelah siap sahaja memakai baju aku bergerak ke meja solek untuk memakai skincare harian ku. Biar kulit sentiasa nampak sihat. Bibir ku yang sedikit pucat aku tenung melalui cermin dan lip balm berperisa strawberi aku capai. Aku mula mengoleskan lip balm ke atas bibir ku.

Tudung shawl hitam yang tidak perlu iron aku capai. Aku sekadar melilit nya biasa sahaja. Malas mahu berlebih.

Selesai sahaja aku terus keluar. Aku tidak boleh lambat.

Sampai sahaja di ruang tamu aku terus bergerak ke arah mama dan abah yang bersiap-siap seolah-olah ingin keluar. Aku mula berasa hairan. Bukankah aku dah beritahu yang aku akan ambil alih majlis itu nanti.

"Mama abah, nak pergi mana?" Soal ku sebaik sahaja berada di hadapan mereka.

"Eh adik... Mama dan abah nak ke majlis tu lah" kata mama.

"Ma.. kan adik dah cakap biar adik yang pergi. Mama dan abah rehat je ya" kataku lembut. Aku sudah tidak mahu menyusahkan mereka.

"Tak apa lah... Adik kan demam biar mama dan abah yang handle ya" pujuk mama.

Aku mula bertegas.

"No! Biar adik yang pergi. Adik okay je. Bagilah adik rasa berdikari ya mama, abah" kata ku dan memandang ke arah mama dan abah.

Lambat laun aku mendapat anggukan dari mama dan abah. Tanpa membuang masa aku terus menyalami dan mencium pipi kedua-dua orang tua ku.

🧁

"Ini Cik Nurul ke dari SHIN catering?" Soal seseorang. Aku yang pada mulanya sedang sibuk mengira jumlah pinggan terus memusingkan badan menghadap orang yang menanyakan soalan.

Tangan aku yang sedikit basah aku lap ke apron. Aku menunduk hormat dan menayangkan senyuman manis.

"Ya saya Nurul. Encik ni anak kepada tuan rumah ni ke?" Soal ku lembut.

"Iya, saya Rafiq. Tak perlu ber 'encik' dengan saya. Panggil sahaja Rafiq" katanya.

Aku mengangguk faham.

"Kalau begitu Rafiq tak perlu guna cik bila bercakap dengan saya. Panggil sahaja Nurul" kataku lembut dan mendapat anggukan darinya.

"Boleh saya tahu kenapa Rafiq cari saya? Ada apa-apa yang tak cukup ke?" Soal aku.

"Semuanya cukup cuma saya nak beritahu yang mama saya nak berjumpa dengan Nurul" katanya.

"Oh Datin nak jumpa saya? Kenapa ya?" Soal ku. Kenapa pula tuan rumah nak jumpa aku ni makanan tak sedap ke?

"Saya pun tak tahu. Lebih baik awak cepat nanti bising pula mama saya tu nanti" katanya.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now