"Raisya, mujur kau balik" kata Nurul.
"Asal ni?" Tanya Raisya. Baru balik dah kena terkam macam ni.
"Ainur..."
"Kenapa dengan Ainur?" Tanya Raisya risau.
"A-aku tak tahu, tadi lepas je dia balik terus masuk bilik, dia tutup pintu kuat gila sampai nak tercabut aku rasa, dia naik macam tu je, aku pun dia tak pandang, and now dia tengah nangis dalam bilik, kita nak buat apa ni?" Tanya Nurul. Terkejut dia, dia elok je tengah bersantai sambil makan laksa tiba-tiba Ainursyah balik hempas pintu, terkeluar semula laksa yang dia baru makan.
"Kunci, mana kunci pendua bilik tu?" Tanya Raisya.
"Dekat laci bawah tangga"
"Ambil cepat jom ikut aku" kata Raisya. Tanpa menunggu Nurul terus sahaja dia mendaki tangga dan menuju ke bilik Ainur yang terletak di sebelah kiri bilik tidurnya.
"Ainur, kau okay tak? Bukak pintu ni please" rayu Raisya. Tangannya masih lagi mengetuk pintu bilik Ainursyah.
Tiada balasan. Yang dia dengar hanyalah bunyi tangisan.
"Ainur, bukak lah, jangan buat macam ni, kalau kau ada masalah share dengan kita orang okay?" Pujuk Raisya.
Tapi keadaan masih sama, tiada balasan.
"Nurul ! Cepat sikit ! " Jerit Raisya.
Nurul yang mendengar jeritannya terus berlari naik ke atas. Kunci ditangannya dihulurkan kepada Raisya.
Tanpa kata laju tangan Raisya mencapai dan membuka pintu bilik Ainursyah. Terkejut bukan main lagi mereka berdua melihat keadaan bilik Ainursyah.
"Ainur..." Kata Raisya dan Nurul serentak.
Mereka berdua bergerak pantas mendapatkan Ainursyah yang sedang menangis teresak esak.
"Hey, kenapa ni? Tell us" kata Raisya.
"A-adam... Dia tipu aku" kata Ainursyah.
"Sial punya jantan" gumam Raisya. Kau tunggu Adam memang nak kena dengan aku!
"Dia buat apa?" Tanya Nurul.
Ainursyah menceritakan segalanya kepada Raisya dan Nurul.
"Tak guna, memang nak kena mamat ni, kau tunggu jap, esok dekat dewan memang aku terajang dia, berani dia buat kau macam ni" kata Raisya geram. Kalau ikutkan hati memang sekarang dia nak pergi serang jantan tak guna tu.
"Tak payah..." Kata Ainursyah. Dia tak mahu buat kecoh, nanti Adam kata dia tak boleh terima hakikat pula.
"Ainur kau kenal aku kan... Kalau aku cakap A maknanya A tiada B dan tiada C" kata Raisya.
Nurul mengeluh. Apa yang A,B,C? Tengah jawab soalan objektif ke apa?
"Kejap, apa yang A?" Tanya Nurul blur.
"Kau ni, aku hempuk kang" kata Raisya. Orang tengah serius boleh pula dia tanya soalan yang merapu.
"Hehehe, otak aku ni lembab pula tiba-tiba" kata Nurul.
"Bukan tiba-tiba tapi selalu" kata Raisya.
Ainursyah tersenyum memandang sepupunya itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan sepupu yang baik dan memahami dirinya.
"Kau jangan fikir lagi pasal Adam tu, move on okay, aku tahu susah tapi kau kena cuba, lupakan jantan tak guna tu dia tak layak untuk kau, ingat tu"nasihat Raisya.
"Hmm" gumam Ainursyah. Iya betul apa yang Raisya cakap dia tak boleh bersedih disebabkan lelaki tak guna seperti itu. Kumbang bukan seekor.
Tapi dia bukan nya sayang dan cinta mati dekat Adam cuma dia rasa terkilan sebab diperbodohkan, kalau tak suka cakap je lah, ini tak main kan perasaan orang.
YOU ARE READING
C | BELIEVE IN LOVE
Romance(karya kedua by Atieiza) "Aku tak nak disebabkan perasaan cinta kau pada aku, hancur hubungan persahabatan kita" - Ainursyah "Selagi aku hidup aku akan bahagiakan kau macammana aku bahagiakan kau disaat pertama kali kita berjumpa" - Tengku Izman : :...