Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Bunyi bising yang terhasil dari suara mak cik, pak cik, sepupu dan anak buahnya benar-benar menganggu lenanya. Lepas solat subuh tadi dia memang bercadang untuk tidur semula namun apakan daya. Jika ada apa-apa majlis memang riuh rendah rumah opahnya itu.
Pintu bilik dibuka.
Bam!
Dirinya dilanggar oleh seseorang.
"Astaghfirullahalazim. Qaseh... Kenapa lari-lari ni?" Soal Ainursyah. Qaseh Maheera anak buahnya. Anak kepada kakaknya yang baru saja berumur empat tahun.
"Ha Ainur, bagus lah kamu tangkap budak kecil ni. Orang nak pakaikan dia baju boleh pula lari" sampuk kakak Ainur iaitu Faizah.
Ainursyah tergelak kecil. Qaseh dukungannya di pandang sekilas sebelum tangannya mencubit pipi montel Qaseh.
"Kenapa Qaseh lari ni? Qaseh pakai baju okay? Sejuk tau pagi-pagi ni" kata Ainursyah.
"Nanak! Qaseh nanak pakai baju tu Qaseh nak pakai baju fozen" kata Qaseh dengan pelatnya.
Kak Faizah sudah membulatkan matanya. Orang suruh pakai baju kurung bukan baju frozen!
"Qaseh... Hari ni kan kenduri kahwin pak long Am. Mestilah kena pakai baju kurung. Nanti malam baru pakai baju frozen okay?" Pujuk Ainursyah.
Lambat-lambat baru Qaseh mengangguk.
"Good girl... Now go to ibu" kata Ainursyah dan menghulurkan Qaseh kepada Kak Faizah.
Hilang sahaja kak Faizah dan Qaseh dari pandangan matanya terus sahaja dia bergerak ke dapur. Dapat dia lihat ada mak ngah, mak su dan juga ibunya yang sedang sibuk memasak. Manakala adik beradik pak ngah nya pula sedang mengalihkan periuk belanga yang berada ditengah-tengah dapur ke tepi.
"Ha Ainur... Tolong bawa ni ke depan" sapa Puan Aminah.
"Baik ibu" tanpa kata terus sahaja Ainursyah membawa mangkuk yang berisi gula-gula ke hadapan. Rasanya gula-gula ni kena letak di tempat doorgift.
Baru sahaja dia ingin berlalu dari tempat doorgift bahunya di sentuh seseorang. Dia menayangkan senyuman manis ke arah orang yang menyentuh bahunya.
"Ayah... Terkejut Ainur" kata Ainursyah. Tangan Ayahnya dipegang erat.
"Iya ke? Maaf... Ayah tiada niat nak terkejut kan Ainur" kata Encik Iskandar.
"Tak apa... Kenapa? Ayah nak Ainur buat apa-apa ke?" Soal Ainursyah.
"Tak ada apa. Cuma ayah nak ajak berbual sikit. Jom kita duduk dekat pondok tu" ajak Encik Iskandar. Ainursyah mengangguk perlahan. Dia hanya mengikut langkah ayahnya.
"Ayah nak cakap apa dengan Ainur?" Soal Ainursyah.
"Dah besar dah anak ayah seorang ni. Nanti tak lama lagi akan jadi isteri orang" kata Encik Iskandar.
Ainursyah tersenyum nipis.
"Apa isterinya ayah... Calon pun tak ada" kata Ainursyah. Izman? Hmm dia tidak tahu. Kalau ada jodoh adalah. Kalau tiada tak ada lah.
"Iya lah tu. Nanti esok lusa ada yang pinang Ainur"
"Kalau ada tu ada lah ayah. Ainur malas mahu berharap. Yang penting Ainur nak kerja dan berbakti untuk ibu dan ayah" kata Ainursyah. Kepalanya dilabuhkan pada bahu ayahnya. Sudah lama dia tidak bermanja dengan ayahnya.
"Iya lah... Apa pun keputusan Ainur, Ayah tetap akan sokong anak ayah ni" kata Encik Iskandar.
🧁
YOU ARE READING
C | BELIEVE IN LOVE
Romance(karya kedua by Atieiza) "Aku tak nak disebabkan perasaan cinta kau pada aku, hancur hubungan persahabatan kita" - Ainursyah "Selagi aku hidup aku akan bahagiakan kau macammana aku bahagiakan kau disaat pertama kali kita berjumpa" - Tengku Izman : :...