BIL 27

481 37 9
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar universiti tahun terakhir telah tiba. Hari konvokesyen.

Semuanya cantik dan kemas sahaja pada hari ini.

Ainursyah mengenakan baju kurung moden berwarna ungu lembut serta bercorak bunga putih dan tudung bawal berwarna putih.

Matanya tidak habis melilau mencari kelibat dua sepupunya itu. Mereka tidak datang sekali kerana masing-masing bergerak dari kediaman keluarga.

Dalam masa yang sama dia turut mencari kelibat Izman. Mana lah tahu berjumpa di sini. Malam tadi dia ada mesej Izman. Dan Izman balas yang dia akan datang tapi lambat sedikit kerana mempunyai urusan lain yang harus diselesaikan terlebih dahulu.

"Ainur... Mari kita masuk. Nanti Nurul dan Raisya sampai tentu mereka akan terus masuk" kata Puan Aminah.

Ainursyah mengangguk.

Dia bergerak ke arah ibunya. Lengan Puan Aminah dan Encik Iskandar dirangkul. Dia sangat gembira kerana kedua orang tuanya berada dengannya pada hari ini.

🧁

"Abang! Okay tak baju Raisya ni?" Soal Raisya.

"Okay dah tu princess. Adik abang dah cantik dah. Jom kita gerak ye" pujuk Rykal lembut.

Sudah 20 minit mereka berhenti di stesen minyak ini. Sudahlah jarak nak ke universiti Raisya dalam tujuh kilometer lagi dari sini. Adiknya itu tak habis-habis dengan baju yang dipakainya.

"Betul ni?" Soal Raisya ingin kepastian.

"Iya princess. Kesian papa tunggu lama dekat dalam kereta" pujuk Ryskal pula.

Akhirnya dia mengangguk.

Tangan kedua abangnya dirangkul erat. Dia mulai menarik abangnya menuju ke kereta.

Ryskal dan Rykal hanya ikut sahaja telunjuk adik kesayangan mereka itu. Kalau tak nak dengar habislah merajuk. Sudahlah susah mahu pujuk adiknya itu.

🧁

"Eh abah, salah ni. Bukan jalan ni lah" tegur Nurul. Abahnya ini degil orang cakap jalan ni dia lalu jalan lain. Tengok mereka dah hampir lewat.

"Iya lah bang, baik dengar je cakap anak. Dia tahu lah selok belok kawasan sini" sokong Puan Sarah.

"Okay, abah ikut sini. Kalau silap lagi pandai-pandailah kamu jalan kaki" kata Encik Haikal.

Nurul sekadar tersengih. Abah merajuk ke tu?

"Merajuk ke bah?" Soal Nurul.

"Tak de kerja lah tua tua ni merajuk" balas Encik Haikal. Buat apa dia nak merajuk. Umur dah cecah 50 tak ada masa mahu merajuk.

"Iya lah tu" usik Nurul.

🧁

"Lambatnya kau orang sampai" tegur Ainursyah dan mulai memeluk badan kedua-dua sepupunya.

"Sorry lah ada hal sikit" kata Raisya.

Nurul turut mengangguk dan mengiyakannya.

"Dah jom lah kita duduk" ajak Ainursyah.

Mereka bertiga mulai bergerak ke tempat duduk masing-masing. Sementara menunggu nama dipanggil sempat mereka menangkap beberapa keping gambar untuk dibuat kenangan.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now