"Maaf... Sebab aku kumpulan kita dapat tempat terakhir" kata Ainursyah perlahan. Dia berasa begitu bersalah kerana dia kumpulan mereka mendapat tempat terakhir. Mereka hanya dapat menyelesaikan dua misi sahaja lagi dua tidak sempat.
"Tak apa lah. Main je kut. Jangan risau" kata Raisya untuk melegakan hati Ainursyah.
"Betul tu. Kita orang semua tak kisah. Asalkan kau okay. Oh ya, tadi Sir Izzat cakap kau tak payah join aktiviti esok. Kau cuma jaga checkpoint terakhir sahaja" kata Nurul pula.
Ainursyah mengangguk faham. Sejujurnya dia suka duduk dan tak sertai apa-apa aktiviti. Maklumlah dia lebih suka duduk dan tidur.
Lily berdecit geram. Sakitnya hati. Baru sahaja dia nak kenakan Ainursyah tetapi boleh pula Ainursyah mendapat layanan yang baik.
"Behave Lily, aku tahu apa yang kau buat. Jangan sampai aku pecat bapak kau" Kata Raisya geram. Kalau ikutkan hatinya yang panas ini dah lama dia pecat bapak Lily. Tapi mengenangkan dia manusia yang masih lagi mempunyai hati perut dia sabar sahaja.
Lily mencebik geram.
"Ainur, kita orang gerak dulu tau. Take care!" Kata Nurul.
Ainursyah hanya mengangguk. Selepas sahaja Nurul dan Raisya dari bilik khas yang menempatkan dia. Terus dia baring semula. Penatnya.
Kakinya terseliuh. Hmm. Mujur terseliuh sahaja kalau patah memang kena Lily tu.
🧁
"Abang Iz... Kenapa kita tak boleh sentuh pokok-pokok ni sesuka hati?" Soal Lily.
Telinga Raisya sudah panas mendengar suara gedik Lily. Ada yang aku tendang sat gi masuk sungai.
"Sebab haram" celah Nurul. Dia juga geram dengan Lily. Yang Izman pun satu bukan reti nak suruh Lily tu diam.
"Sibuk je" kata Lily.
"Eii kau kan budak aku cili nanti!" Kata Nurul geram.
"Sabar Nurul. Saya tak suka awak kotorkan tangan sentuh perempuan kotor tu" kata Rayden.
Nurul tersengih malu.
"Sayang... You tak payah lah layan dia tu. Layan I je okay?" Kata Aiden pada Raisya. Raisya mencebik bibirnya.
Mengada!
"Siapa nak layan dia? Huh!" Kata Raisya dan mula menjauhi Aiden. Dia sekarang ini cuba menjaga batas antara dia dan Aiden. Tetapi lelaki itu seolah-olah tidak mengerti.
"Sayang... Kenapa you lari dari I? I ada buat salah ke? Kalau ada I'm sorry" kata Aiden hairan.
"Tak you tak buat salah pun. Kita kan sekarang nak cepat. Jadi I malas nak lambat" kata Raisya. Walaupun ayatnya agak pelik tetapi tak mengapa.
Aiden mula menggaru-garu kepalanya sendiri.
"Aiden! Kau jangan tercegat sahaja dekat situ. Semua dah kedepan" tegur Izman.
"Ha ye.. aku cepat" kata Aiden.
"Auch!" Lily pura menjatuhkan badannya saat tersepak batu kecil.
Raisya berdecit. Menyampah!
"Tak payah mengada Lily" kata Raisya dan menarik Nurul meninggalkan Lily dibelakang. Lantak kau lah!
YOU ARE READING
C | BELIEVE IN LOVE
Romance(karya kedua by Atieiza) "Aku tak nak disebabkan perasaan cinta kau pada aku, hancur hubungan persahabatan kita" - Ainursyah "Selagi aku hidup aku akan bahagiakan kau macammana aku bahagiakan kau disaat pertama kali kita berjumpa" - Tengku Izman : :...