BIL 9

500 47 2
                                    

"Bila nak minta maaf dengan dia?" Tegur Raisya. Cawan di tangan di hulurkan pada Nurul.

Ainursyah menggulingkan mata ke atas. Pagi-pagi buta macam ni sibuk suruh orang minta maaf dekat encik tengku itu.

"Nak pergi lah ni, tak nampak ke tengah siap" balas Ainursyah malas.

"Ingat aku tak kenal perangai kau ke? Make sure minta maaf elok-elok, dia dah selamat kan nyawa kau tahu. Kalau tak mati lah kau dekat dalam sana tu" kata Raisya sinis.

Ainursyah mengeluh perlahan. Ada betulnya juga. Setelah semalaman dia berfikir, Izman tak salah. Yang salah itu dia. Siapa suruh jalan hentak kaki atas batu memang jatuh lah. Dan kalau ikut logik, Izman pun tiada dekat situ. Buat nya encik tengku tu bawa kes ni ke mahkamah macam mana?

Atas sebab aku fitnah dia. Oh tidak! Ini tak boleh jadi! Aku kena minta maaf juga dengan dia.

Buk!

Bantal petak yang berada di sofa selamat mendarat pada wajah Ainursyah.

Ainursyah mengaduh sakit. Dia menjeling orang yang membaling bantal itu.

"Raisya suruh" kata orang itu sebelum sambung menonton televisyen.

"Kau tu kenapa? Terangguk-angguk tergeleng-geleng. Sakit tengkuk atau gila?" Tanya Raisya pelik.

"Eh kau ni, suka hati kata aku gila. Aku waras lagi lah. Sudahlah aku nak pergi minta maaf dengan Tengku Izman tu" kata Ainursyah dan bangun dari duduknya. Beg tangan yang berada di atas katil sempat dia capai.

Raisya hanya mengangguk melihat pemergian Ainursyah.

🧁

Kepala tidak habis menoleh ke kiri dan kanan. Kejap-kejap dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pening tidak tahu ke mana dia harus mencari lelaki itu.

"Aku ni pun satu, bengap sangat kenapa? Kalau iya pun minta lah nombor bilik dia atau paling kurang pun nombor telefon dia" kutuknya pada diri sendiri.

Ting!

Seakan-akan otaknya memberi idea. Kaki laju melangkah ke kaunter pertanyaan.

"Hi, boleh saya bantu?" Kata pekerja itu ramah.

"Boleh saya tahu bilik Tengku Izman yang mana?" Tanya Ainursyah.

"Boleh saya tahu apa hubungan cik dan dia? Saya tak boleh berikan nombor bilik kepada orang luar" terang pekerja itu.

Ainursyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tabiat dia setiap kali merasa buntu atau resah.

"Saya dengan dia kawan, ha kawan" balas Ainursyah gagap.

"Okay baiklah kalau macam itu, sekejap ya saya semak dahulu" kata pekerja itu.

Ainursyah mengangguk faham.

"Er maaf cik, dekat senarai nama ni tiada nama Tengku Izman" kata pekerja itu.

"Kalau macam tu, cari atas nama Tengku Aiden atau Tengku Rayden" kata Ainursyah. Mujur otaknya ketika ini memberi idea yang bernas.

Baru sahaja pekerja itu ingin memulakan semakan Ainursyah turus meminta diri saat melihat orang yang dia cari telah menyapa ruangan matanya.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now