BIL 10

569 41 2
                                    

Mata tidak habis menoleh ke arah jam yang tersangkut di dinding. Mulut juga tidak habis membebel.

"Ainur, apa hal kau ni?" Tanya Nurul pelik. Dari mula dia balik bilik sampai sekarang dia tengok Ainur tidak habis memandang ke arah jam.

"Raisya lah, kau tengok sekarang ni pukul berapa. Pukul 10. Bukan sepuluh pagi tapi sepuluh malam. Suka sangat buat orang risau lah dia ni" balas Ainursyah.

"Releks lah. Dia keluar dengan Aiden kau jangan lah risau" pujuk Nurul. Jujur kata dia pun risau juga pada Raisya tapi dia tidak mahu menambah rasa resah.

Klak!

Pintu di buka. Ainursyah dan Nurul sama-sama menoleh ke arah Raisya.

"Tak tidur lagi?" Tegur Raisya. Janggal pula dia rasa bila Ainur dan Nurul memandang dia macam dia buat dosa besar.

"Kita orang tunggu kau lah, mana kau pergi. Sudah lah ini tempat orang kau balik lambat" bebel Ainursyah. Ibu nya telah memberi dia tanggungjawab untuk menjaga Raisya dan Nurul memandangkan dia yang paling boleh diharapkan.

"Sorry lah, tadi kereta Aiden buat hal. Nak tunggu kawan Aiden datang lambat jadi kita orang makan malam dulu. Now aku dah balik kan? Dah tak payah risau sangat. Aku tahu jaga diri" balas Raisya panjang lebar.

"Betul tu Ainur, dia dah balik pun dah cukup bersyukur. Tadi kau ada nak cakap benda penting kan?" Sambung Nurul.

"Oh haah, ni esok Iz ajak kita dinner sekali. Kau orang okay ke?" Tanya Ainursyah.

"Dinner? Seriously? Since when you guys berbaik" kata Raisya tidak percaya. Cepat betul. Sangkanya Ainursyah hanya pura-pura minta maaf ini dah siap boleh dinner bersama. Satu pencapaian yang baik.

"Eh kau jangan macam-macam kita orang kawan je okay" cantas Ainursyah.

"Kawan hmm" kata Raisya pada Nurul  tangannya menyiku lengan Nurul. Mereka saling berpandangan sebelum sama-sama tergelak.

Ainursyah memandang mereka dengan perasaan geram. Bibir dimuncungkan!

🧁

"Cantiknya awak malam ni Nurul" puji Rayden ikhlas. Nurul apa lagi merah terus pipinya.

 Nurul apa lagi merah terus pipinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nurul outfit

"Thank you, awak pun handsome juga" kata Nurul. Baju mereka sedondon tanpa di rancang. Adakah ini jodoh?

Ditoleh pula ke arah Ainursyah dan Raisya yang baru sahaja sampai. Baju mereka juga sama dengan pasangan masing-masing. Tapi adakah Ainur dan Izman dipanggil sebagai pasangan kekasih?

"Omaigod sayang, you look gorgeous, rasa nak gigit" kata Aiden dengan senyuman nakal.

"Eii, you ni. Tak malu! You pun boleh lah handsome juga lah hari ni" balas Raisya untuk menutup malunya. Aiden ni memang nak kena lah.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now