Bab 17-[New Life]

259 32 1
                                    


Setelah berjumpa dengan kanak-kanak yang mempunyau kaitan dengan wanita yang dicari oleh Drake, kedua-dua lelaki itu mengambil keputusan untuk berjalan mengelilingi bandar itu.

"Woah! Aku macam tak percaya je dapat tengok bandar ni sebelum membangun. Menarik jugak." Erix memandang sekelilingnya dengan penuh rasa kagum.

Teknologi pada tika itu sangat jauh berbeza dengan teknologi dari masanya. Ia sangat menarik, lebih-lebih lagi apabila memikirkan perkembangannya.

"Jadi, kita nak ke mana ni?" Erix bertanya pada Drake yang diam saja berjalan di sebelahnya.

"Cari rumah atau bilik untuk disewa. Dan mungkin, kita akan cari pekerjaan dekat kawasan sini dulu buat sementara," kata Drake sambil memandang sekeliling.

"Hmm. Sampai bila kita nak kena tunggu?" Erix bertanya ingin tahu.

"Sampai budak tu remaja sikit. Lagipun, aku yakin suatu hari nanti peluang pasti akan terbuka untuk kita masuk ke dalam rumah tu," kata Drake dengan penuh yakin.

"Aku ikut je keputusan kau. Lagipun, aku hanya ada kau je dekat tempat ni."

Drake mengangguk faham.

"Nak singgah makan mana-mana ke? Dah masuk tengah hari ni." Erix bertanya setelah merasakan perutnya berbunyi, meminta untuk diisi.

"Boleh je."

Mereka berdua singgah di sebuah restoran yang ada di kawasan berhampiran.

Setelah makan, mereka menyambung perjalanan mereka untuk mencari tempat tinggal sementara.

"Aku tak tahu pulak yang makanan pun boleh berevolusi dari semasa ke semasa." Erix tertawa sendiri.

Drake mengangguk.

"Makanan pun semakin berkembang dalam industri dari semasa ke semasa. Semuanya disebabkan kajian yang dijalankan." Drake berkata.

Mereka terus berjalan sambil bersembang sehinggalah mereka menemui bilik untuk disewa.

*****

10 tahun kemudian

"June, bangun sayang. Kamu dah lewat nak ke sekolah ni." Friza mengejutkan anak gadisnya yang semakin hari, semakin malas dan semakin susah untuk dikejut bangun.

June tidak menghiraukan ibunya. Dia kembali menyelubungkan seluruh tubuhnya sehingga kepala.

"Jangan buat ibu mula kira, June."

Remaja itu masih tidak menghiraukan ugutan ibunya itu.

"Satu..."

"..."

"Dua..."

"Okey! June bangun dah!" Remaja itu segera bangun kerana takut jika dirinya disirami dengan air. Dirinya pernah disiram sekali oleh ibunya dan menjadi serik sejak dari kejadian itu.

"Bagus! Pakaian semua dah siap. Ibu turun dulu. Janngan lambat turun sarapan."

June mengangguk saja.

Si ibu melangkah keluar meninggalkan anak gadisnya untuk bersiap.

June masih tidak bergerak dari katilnya. Dia mengusap wajah dan menyerabutkan rambutnya.

"Haih! Penatlah hari-hari kena pergi sekolah." June akhirnya mengambil keputusan untuk segera mandi dan bersiap. Risau pula jika ibunya naik semua ke biliknya nanti.

Setelah bersiap, si gadis segera turun ke ruang makan dan duduk bersarapan dengan ibu bapanya.

"June." Cylde, ayah kepada si gadis memanggil.

THE TALE OF DRAKEWhere stories live. Discover now