Bab 18-[Day One with Annoying Lady]

376 37 2
                                    


Keesokan pagi

"Selamat pagi, Cik Morgana." Erix menyapa si gadis yang masih berselubung di atas katilnya.

Si lelaki berdiri di hujung katil sambil menunggu reaksi dari si gadis.

Melihatkan tiada sebarang reaksi dan tindak balas, Erix mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Dia berjalan menghampiri pintu gelongsor yang ada di dalam bilik itu.

Langsir diselak dengan luas sehinggakan cahaya matahari memancar masuk ke dalam bilik. Cahaya itu juga menyuluh tepat ke arah June yang masih berselubung.

Beberapa ketika kemudian.

"Ergh! Panasnya." June menyelak selimutnya dan kembali lena.

Eric mengeluh melihat tingkah si gadis. Dia berlalu keluar dari bilik si gadis dan kembali semula beberapa ketika kemudiannya.

"Maafkan saya, Cik Morgana."

Splash!

June terus terjaga dalam keadaan terkejut. Tubuhnya basah kuyup, begitu juga dengan katilnya.

"Kau dah gila ke?!" June menteriak sakit hati.

"Maafkan saya, Cik Morgana. Ini adalah arahan dari tuan dan puan. Mereka pun dah berikan kebenaran untuk saya gunakan cara ni jika cik tak nak bangun pagi." Terang Eric tanpa rasa serba salah. Memandangkan dia sudah mendapat kebenaran dari majikannya, makanya dia berani untuk melakukannya.

"Hari ni cuti!" June menjerit semahunya. Tidurnya terganggu dan dia kini kuyup. Mahu tidaknya dia mengamuk apabia dikejut ketika hari cuti dan dengan cara itu.

"Maaf." Eric meminta maaf, tetapi di wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia langsung tidak ikhlas meminta maaf.

"Ergh!" June segera turun dari katil dan mendapatkan tualanya. Gadis itu berlalu ke dalam bilik mandi.

Eric mencabut cadar katil yang basah dan juga selimut. Dua benda itu kemudiannya dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

Setelah mengemas katil, Erix menyediakan pula pakaian yang bersih dan kemas milik si gadis. Pakaian itu diletak elok di atas katil.

Bilik June dikemaskan dan dipastikan bersih sebelum si gadis selesai mandi.

Selesai saja mengemas, Eric segera keluar dan bersedia untuk menyediakan sarapan si gadis.

Setelah seminit pemergian Eric, June membuka pintu bilik mandi. Dia menjengah keluar kepalanya, mencari kelibat Eric dan untuk memastikan lelaki itu tidak ada di dalam biliknya lagi.

June masuk ke dalam billiknya. Pandangannya terjatuh pada pakaian yang sudah terletak elok di atas katilnya. Pandangannya pula melilau memandang sekeliling bilik yang sudah kemas dan bersih.

"Tch! Nasib baik reti buat kerja."

Selesai bersiap, June segera ke ruang makan untuk sarapan.

Si gadis duduk sendirian di ruang itu. Dia kemudiannya menjengah-jengah, mencari kelibat pembantu yang sepatutnya menyediakan sarapannya.

"Cik Morgana cari apa?"

Sapaan itu membuatkan June tersentak dan terkejut.

"Arla! Awak buat saya terkejut," kata June sambil mengusap dadanya.

"Maafkan saya, Cik Morgana. Cik cari siapa?" Arla bertanya kehairanan.

"Sarapan saya tak siap lagi ke? Mana ayah dan ibu saya?"

"Tuan dan puan ada mesyuarat dekat syarikat. Sarapan cik pula sedang disiapkan Eric."

June menyandarkan tubuhnya. Dia berpeluk tubuh sambil mencebik, sakit hati. Fikirnya, dia dapat meluangkan masa dengan ibu dan ayahnya memandangkan dia cuti. Malangnya, kedua-dua mereka masih sibuk dengan urusan kerja.

THE TALE OF DRAKEWhere stories live. Discover now