Beberapa bulan kemudianErix, Nadia dan Drake tersenyum memandang ke arah kamera.
Beberapa keping gambar diambil sebagai kenangan sempena Hari Graduasi Erix.
"Erix!" Lara dan Victor menghampiri Erix.
"Jom kita bergambar!" ajak Lara dengan terujanya.
"Okey jugak tu."
Lara berada di tengah-tengah dua rakan lelakinya. Lengan Erix dan Victor dipeluk. Senyuman lebar terukir di wajah.
"1, 2, 3." Cahaya cahaya kamera terpancar.
Lara segera mendapatkan Nadia dan melihat gambar yang baru diambil itu.
"Tahniah, Victor. Lepas ni kita akan ambil haluan masing-masing. Jadi, aku berharap kau berjaya di masa depan."
"Kau jugak."
Mereka berdua berjabat tangan.
Meskipun persahabatan mereka sedikit renggang dari kebiasaannya sejak Erix kembali ke rumah asalnya, namun mereka tetap mengharapkan kejayaan sesama sendiri.
"Jadi, apa perancangan kau lepas ni?" Victor bertanya ingin tahu.
"Aku akan ikut penjaga aku yang lelaki tu."
"Ke mana?"
Erix menggeleng.
"Aku tak pasti. Apa yang aku pasti, aku tak akan ada dekat negara ni buat masa yang lama."
"Oh..." Victor terangguk-angguk faham.
"Korang, aku balik dulu. Mak ayah aku dah tunggu."
Erix dan Victor tersenyum.
"Jumpa lagi, Lara. Kalau panjang umur," kata Erix lalu menghulurkan jambangan bunga miliknya.
Lara menerima pemberian sahabatnya itu.
"Terima kasih. Jumpa lagi."
"Lara, jom aku teman kau ke keluarga kau," ajak Victor.
Lara mengangguk setuju. Mereka berdua berlalu pergi dan Lara sempat melambai kepada Erix.
Erix membalasnya sambil tersenyum.
Drake dan Nadia mendapatkan Erix.
"Apa kata kita pergi bercuti esok? Meraikan hari ni." Drake mengemukakan cadangannya.
"Boleh jugak tu. Nanti aku cari tempat. Kalau jumpa yang menarik, petang ni jugak kita ke sana."
"Serius?!" Erix kelihatan teruja dan tidak sabar untuk bercuti setelah dua minggu menghadap peperiksaan penting pada tahun akhirnya di sekolah tersebut.
Drake mengangguk. Eric ternyata keterujaan mendengarnya.
"Jom, kita makan dekat mana-mana ke. Malas nak balik rumah "
"Kami ikut je. Kau yang memandu."
Mereka bertiga menghampiri kereta mewah milik keluarga Erix.
"Apa kata kalau kau pulak yang memandu, Drake? Aku malas la."
"Kalau kau rasa nak mati awal, boleh la aku pandu kereta ni."
Nadia tergelak mendengarnya.
"Taklah. Saja gurau. Jom, aku dah lapar sangat ni."
Mereka bertiga bergerak meninggalkan pekarangan sekolah.
Erix menoleh, memandang sekolahnya buat kali terakhir
![](https://img.wattpad.com/cover/185961114-288-k443938.jpg)
YOU ARE READING
THE TALE OF DRAKE
FantasyErix seorang remaja lelaki yang lemah dan sering dipergunakan oleh orang sekelilingnya. Dirinya juga turut dikhianati oleh sahabat baiknya. Disebabkan rasa putus asa dengan hidup dan dendam terhadap mereka yang mempergunakan dirinya, Erix mengambil...