"Argh!" Erix bangun secara mengejut. Seluruh tubuhnya dibasahi keringat.
"Aku dekat mana ni?" Dia memandang sekelilingnya yang hanya berlatarkan kegelapan.
"Aku dah mati ke?" Erix mencubit pipinya sendiri dengan sekuat hati.
Tiba-tiba seluruh kawasan itu diselubungi oleh kabus yang entah dari mana datangnya. Dari balik kabus itu, muncul satu susuk lelaki yang berpakain serba hitam.
"Dapat juga aku bertemu dengan kau." Lelaki itu bersuara dengan senyuman kecil teerlakar pada bibirnya.
"Siapa kau? Aku dekat mana ni?"
"Aku Drake. Selamat berkenalan, Erix." Tangan kanan diletakkan pada dada lalu Drake menundukkan sedikit tubuhnya.
"Macam mana kau tahu nama aku?" Erix semakin cuak. Riak wajahnya jelas memaparkan ketakutan yang ada di dalam dirinya kala itu.
"Aku dah lama perhatikan kau dan aku berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang kau."
"Ha? Apa kau merepek ni?"
Drake tersenyum kecil.
"Kau mahu mengubah hidup kau?"
Erix diam. Remaja itu seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Kalau kau mahu, aku akan tunaikannya."
"Macam mana?"
"Berikan tubuh kau pada aku. Aku akan mengawalnya, sekaligus mengubah kehidupan kau daripada yang teruk itu, kepada yang lebih baik."
"Jangan nak merepek! Mana mungkin ada orang yang mampu buat benda macam tu. Lagipula, kenapa aku kena berikan tubuh aku kepada kau. Ia adalah hak milik aku!"
Drake tersenyum sinis.
"Cuba kau ingat kembali, bagaimana kehidupan kau selama ini."
Paparan memori Erix muncul pada ruangan gelap itu.
Satu persatu ia memaparkan segala perkara pahit yang dihadapinya. Kekejaman manusia terhadapnya tidak pernah berhenti sejak kecil lagi. Dibenci, dibuli dan dikhianati oleh sahabat sendiri, adalah satu penderaan fizikal dan mental yang sering terjadi terhadap dirinya.
"Renungkan semula, Erix. Kalau aku mengambil alih tubuh kau, aku akan buat semua orang yang membuli kau tunduk pada kau. Tiada siapa yang akan membenci kau lagi. Semua akan hormat dan takut akan kau."
Erix menunduk memandang lantai. Buku lima dikepal tanda menahan marah yang selama ini dipendamnya.
"Kau tak mampu membuat keputusan? Tak mengapa, aku akan berikan masa untuk kau. Aku harap kau akan membuat keputusan yang tepat. Jika kau sudah berfikir sehabis baik, seru saja nama aku dan aku akan datang."
"Kau akan ambil alih tubuh aku untuk selamanya ke?" Erix bertanya buat kali terakhir.
"Jika itu yang kau mahukan, aku akan tetap berada di dalam tubuh kau sehinggalah kau mati."
Erix diam kembali.
"Tak mengapa, aku berikan masa untuk kau berfikir. Aku pergi dulu."
Drake terus menghilang dalam sekelip mata. Kabus yang mengelilingi kawasan gelap itu turut menghilang bersama-sama dengan Drake.
Erix berdiri bersendirian di ruang gelap itu. Berdiri kaku sambil kepala memikirkan tawaran yang diperkatakan oleh Drake sebentar tadi.
Lama dia bertingkah sebegitu sehinggalah satu suara yang amat dikenalinya bergema di ruang gelap itu.
"Lara?" Erix tercari-cari arah suara itu.
Tiba-tiba wajah Lara terpapar bagaikan ada satu skrin di ruang itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/185961114-288-k443938.jpg)
YOU ARE READING
THE TALE OF DRAKE
FantasyErix seorang remaja lelaki yang lemah dan sering dipergunakan oleh orang sekelilingnya. Dirinya juga turut dikhianati oleh sahabat baiknya. Disebabkan rasa putus asa dengan hidup dan dendam terhadap mereka yang mempergunakan dirinya, Erix mengambil...