Setelah selesai mandi, Erix terus duduk di atas katil dan menghadap Drake yang sedang berdiri di luar balkoni biliknya."Kenapa, Drake? Kau nampak risau. Kau fikirkan tentang makhluk dekat sekolah tadi ke?" Erix memandang Drake dengan serius.
"Aku rasa ada seseorang yang cuba untuk kucar-kacirkan dunia luar dengan membuka pintu dimensi." Nada suara Drake langsung tidak bernada seperti dia sedang bergurau.
"Jadi, apa yang kau nak buat sekarang ni?"
"Aku boleh je tutup pintu dimensi tu semula. Tapi aku hanya akan tutup pintu dimensi yang melibatkan dunia ni je. Sebab aku nak tengok apa lagi perancangan orang disebalik semua ni."
Erix mengangguk faham.
"Mereka ni berbahaya ke?"
"Ikut jenis jugak. Tapi dah namanya pun dari dunia kegelapan, maka secara semula jadinya dia ni memang berbahaya."
"Wow! Tapi kau tak berbahaya pun."
Drake berpaling dan memandang tepat pada Erix.
"Kau nak aku jadi berbahaya ke?" Riak wajah Drake berubah serius. Matanya turut berubah warna kepada hitam penuh.
Riak wajah Erix berubah cuak.
"Maaf! Aku tak akan cakap yang bukan-bukan lagi." Erix menekup mulutnya.
Drake menyembunyikan senyumannya. Riak wajahnya berubah tenang dan warna matanya berubah coklat semula
"Bagus."
Tok! Tok!
"Erix, jom turun makan malam." Nadia bersuara dari luar bilik.
"Sekejap kak." Erix menjawab.
"Pergi turun makan dulu. Lepas ni kita belajar untuk ujian minggu depan." Tegas Drake yang sudah sedia maklum dengan sikap Erix yang malas mengulang kaji pelajaran.
Erix mencebik dan berjalan keluar bilik dengan malas.
*****
Setelah makan malam, Erix kembali ke biliknya untuk mengulang kaji.
Erix duduk di meja belajar sambil menghadap kerja rumahnya. Manakala Drake pula berdiri di belakang Erix sambil berpeluk tubuh.
Drake memantau remaja lelaki itu menyiapkan kerja sekolahnya.
Soalan pertama matematik diselesaikan dengan mudah.
Masuk saja ke soalan empat, Erix terus kebuntuan. Dia termenung, memandang lama pada soalan panjang itu tanpa ada rasa mahu menyelesaikannya.
"Kau tenung apa? Soalan tu tak akan selesai dengan sendirinya." Drake menegur setelah melihat tingkah Erix yang langsung kaku selama seminit.
Erix tersentak mendengar teguran dari Drake.
"Aku tak tahulah." Erix menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Lain kali tanya! Apa gunanya aku berdiri perhatikan kau dekat sini." Kali ini, Drake bernada marah pula.
Dengan bantuan Drake, Erix berjaya menyelesaikan beberapa soalan yang tidak diketahuinya.
Dalam pada itu, Nadia yang mahu menjenguk keadaan Erix, terbantut tindakannya apabila terdengar suara seorang lelaki memarahai Erix.
Nadia melekapkan telinganya pada pintu bilik Erix.
"Solan ni macam soalan awal tadi. Cumanya diterbalikkan je," kata lelaki itu dengan nada yang tinggi.
YOU ARE READING
THE TALE OF DRAKE
FantasyErix seorang remaja lelaki yang lemah dan sering dipergunakan oleh orang sekelilingnya. Dirinya juga turut dikhianati oleh sahabat baiknya. Disebabkan rasa putus asa dengan hidup dan dendam terhadap mereka yang mempergunakan dirinya, Erix mengambil...