Bab 9-[Romantic Scene and The New King?]

963 83 11
                                    


Dua hari berlalu. Kini, mereka sedang melakukan aktiviti padang pula. Di mana acara utamanya adalah balapan, lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya.

"Huarg!"

"Menguap lagi? Kau tidur lambat ke malam tadi?"

Erix menggeleng.

"Mana ada. Aku cuma malas je."

"Apalah kau ni. Sepatutnya kau semangat pagi-pagi ni tau." Lara memarahi Erix yang bemalas-malasan.

"Hmm..."

"Erix jom. Acara kita nak mula dah ni," ajak seorang rakan kelas mereka.

"Okey."

Erix bangkit dengan malas dan mengekori langkah rakan sekelasnya itu.

Lara tersenyum sendiri melihat langkah Erix.

"Oit! Senyum apa seorang-seorang?" Kawan baik Lara, Rena menegur.

"Hish! Terkejut aku." Lara mengurut dadanya.

"Oh! Curi tengok Erix eh?" Rena cuba mengusik. Sejak dua menjak ini, seringkali dia melihat Lara berduaan dengan Erix. Mereka berdua seolah-olah ada hubungan berdua.

"Mana adalah."

"Eh. Jangan nak menipu la. Bukan sehari dua aku kenal kau. Hari-hari aku nampak kau berdua je dengan Erix. Selalunya ada Victor sekali, tapi sekarang dia dah tak ada. Kau ada apa-apa ke dengan Erix ni?" Rena bertanya lagi. Dia mahu terus mencungkil rahsia yang disimpan Lara.

"Tak. Kau pun tahu kan yang aku dengan Erix dah lama berkawan. Sejak kecil lagi. Victor pulak, aku pun tak tahu la mana dia. Dah lama tak lepak sekali dengan kami."

"Serius tak ada apa-apa ni?"

"Ya! Kau kenapa tiba-tiba je tanya soalan bukan-bukan ni?" Lara mula hilang sabar.

BANG!

Perhatian mereka teralih sekejap.

"Bukan apa... cuba kau tengok sana." Rena menuding jari ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang bersorak kuat.

"Erix laju lagi!"

"Jangan mengalah Erix!"

"Erix boleh!"

Ternyata sekumpulan pelajar perempuan itu bersorak untuk Erix.

"Sejak kebelakangan ni, Erix semakin terkenal dalam kalangan pelajar perempuan. Dah ramai peminat rahsia dia sekarang. Lebih mengejutkan, ada yang berani selitkan surat cinta dekat loker Erix. Jadi, aku nak pastikan betul ke kau dengan dia tak ada apa? Risau kalau kau cemburu bila aku beritahu kau semua ni."

Lara terdiam. Dia memandang pada Erix yang sudah sampai ke garis penamat.

Beberapa pelajar perempuan kelihatan menghampiri Erix lalu menghulurkan botol air buat remaja lelaki itu.

Erix tersenyum lalu menggeleng. Lelaki itu berlari anak menghampiri dua remaja perempuan itu.

"Dia datang." Rena berbisik.

"Aku menang!" Erix berkata dengan teruja.

Lara tersenyum senang melihat kegembiraan yang terlakar di wajah Erix.

"Baguslah. Nah, minum ni." Lara menghulurkan botol air milik Erix yang sudah dibukakan penutupnya.

Erix mengambilnya lalu meneguk air kosong itu.

"Terima kasih. Aku pergi dulu." Botol air dikembalikan kepada Lara. Erix berlari meninggalkan dua gadis itu.

"Comel betul korang berdua. Aku tak percaya kalau tak ada apa-apa antara korang berdua." Rena tidak habis dengan topik hangatnya itu.

THE TALE OF DRAKEWhere stories live. Discover now