Erix turun sarapan pagi dan duduk bersama Nadia. Mereka berdua bersarapan dengan senyap, langsung tidak bertegur sapa seperti sebelum ini.Keadaan mula berasa kekok setelah Nadia mengetahui segalanya.
"Mana lelaki tu?" Nadia tiba-tiba bertanya tanpa memandang pada Erix.
Erix terkejut apabila Nadia bertanyakan keberadaan Drake. Fikirnya wanita muda itu langsung tidak mempedulikan Drake. Ternyata telahannya salah dan kini Nadia bertanya tetang Drake.
"Ada dekat sini." Erix menunjuk pada dirinya, menandakan bahawa Drake ada di dalam tubuhnya.
"Akak nak bercakap dengan dia sekejap."
Sekali lagi Erix terkejut mendengar permintaan itu.
Serta-merta Drake mengambil alih tubuh Erix.
"Apa yang kau nak?" Personaliti Erix berubah dalam sekelip mata dan tahulah Nadia yang dia kini sedang berdepan dengan Drake.
"Aku nak bercakap dengan kau secara privasi."
Drake menggeleng.
"Bukan sekarang. Aku kena ikut Erix ke sekolah dan lindungi dia." Drake menolak permintaan Nadia.
"Kalau macam tu, lepas habis waktu sekolah? Ataupun lepas makan malam?"cadang Nadia yang tetap mahu bercakap dengan Drake secara privasi.
Drake mengangguk setuju. Dia tidak kisah jika Nadia mahu bercakap dengannya pada waktu yang dicadangkan itu.
"Okey, bagus."
Drake mengundur diri dan Erix kembali.
Suasana kembali sunyi.
Sesudah mereka bersarapan, mereka berdua meninggalkan ruang makan dan terus ke garaj kereta.
*****
Erix ditinggalkan di depan pagar sekolah dan remaja lelaki itu terus berjalan sendiri memasuki perkarangan sekolah.
"Erix." Langkahnya terhenti apabila tedengar namanya dipanggil.
"Selamat pagi." Lara menyapa dengan senyuman terukir di bibirnya.
"Selamat pagi." Erix membalasnya dengan senyuman.
Mereka berdua berjalan beriringan sehingga ke kawasan loker masing-masing.
Apabila Erix membuka pintu loker miliknya, beberapa keping surat terjatuh keluar.
"Surat apa pulak ni? Sejak bila orang hantar surat masuk loker?" Erix mencangkung lalu mengutip surat-surat yang terjatuh itu.
Erix kembali berdiri sambil membaca tulisan yang tertera di atas permukaan surat-surat itu.
Tiba-tiba mata Erix membulat besar. Mukanya mula kemerah-merahan sedikit.
"Surat apa tu, Erix?" Lara muncul dan cuba mengintai surat yang berada di tangan Erix.
"Tak ada apa." Erix cepat-cepat meletakkan semula surat-surat itu ke dalam loker dan ditutup pintunya.
"Kenapa muka kau memerah ni? Tadi okey je." Lara mendekat dan cuba untuk menyentuh dahi Erix. Namun, Erix segera mengundur dan mengelak.
"Jom ke kelas. Dah lambat ni." Erix segera berpaling dan berjalan laju meninggalkan Lara.
Lara berasa pelik melihat tingkah laku Erix yang tiba-tiba berubah. Dia ingin bertanya lebih lagi, namun terhenti niatnya apabila loceng waktu pertama mula berbunyi.
Waktu persekolahn berjalan sepeti biasa. Tetapi, tidak bagi Lara yang tidak sudah memerhatikan tingkah Erix yang kelihatan lain macam pada pandangan matanya.
YOU ARE READING
THE TALE OF DRAKE
Viễn tưởngErix seorang remaja lelaki yang lemah dan sering dipergunakan oleh orang sekelilingnya. Dirinya juga turut dikhianati oleh sahabat baiknya. Disebabkan rasa putus asa dengan hidup dan dendam terhadap mereka yang mempergunakan dirinya, Erix mengambil...