Bab 3-[The Party and Mystery Girl]

1K 107 7
                                    


Drake masih sibuk di dalam pejabatnya. Dia langsung tidak mengendahkan ataupun mengambil tahu tentang majlis yang akan berlangsung pada malam itu. Dirinya terlalu sibuk untuk memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri.

"Drake!" Kyrie merempuh masuk pejabat abangnya itu.

"Ketuk dulu tak boleh ke?"

"Kau tak bersiap lagi? Kau lupa ke malam ni ada apa?" Kyrie sudah bercekak pinggang melihat Drake.

"Aku sibuk ni. Apa kata kalau kau je pergi ke majlis tu, dan kau saja yang pilih bakal isteri kau sendiri. Macam mana?" Deake tersenyum mengusik sambil menjongket-jongketkan keningnya.

"Jangan nak merepek. Aku dah ada Mary."

"Hmm..." Tumpuan Drake kembali tertumpu kepada kertas kerjanya.

"Drake!"

Kertas kerjanya terus menghilang dan berada di tangan Kyrie.

"Aku serius ni." Kyrie mengugut untuk membakar kertas-kertas itu seperti mana yang diperkatakannya semalam.

"Okey! Aku pergi!" Drake berdiri dan berlalu keluar dari pejabatnya dengan perasaan marah.

Kyrie memandang saja pemergian abangnya itu. Saja, untuk memastikan Drake betul-betul keluar dan tak akan kembali lagi ke pejabat sehinggalah majlis selesai.

"Haih. Susah betullah dia ni. Suruh pilih bakal isteri pun susah." Kyrie membebel sendiri. Dia berlalu keluar dari pejabat itu lalu mengunci pintu dari luar.

Kyrie berjalan menuju ke bilik si abang pula.

Tiba saja di hadapan pintu bilik, dia terus memusingkan tombol pintu. Namun ternyata, pintu itu dikunci dari dalam.

"Drake! Bukak pintu ni." Pintu diketuk bagai nak pecah. Namun langsung tiada sahutan dari dalam.

"Dra..."

Pintu terus dibuka dari dalam.

"Kau nak apa? Aku tengah mandi tadi."

Tanpa menjawab pertanyaan Drake, Kyrie terus meredah masuk ke dalam bilik.

Drake sudah beriak menyampah. Pintu ditutup rapat.

"Kau nak apa datang bilik aku ni?"

"Saja. Nak pastikan kau tak lari." Kyrie menjawab selamba sambil bergolek-golek di atas katil Drake.

"Yelah..."

Drake membuka almarinya. Tuksedo tergantung  yang masih elok di dalam plastik diambil keluar.

"Kau pakai baju tu je ke? Aku dah suruh dayang sediakan yang barulah."

"Tak apalah. Kau tahukan, aku ni bukannya suka sangat dayang-dayang tu menyibum privasi aku," katanya sambil mengeluarkan tuksedo itu dari dalam plastik.

Kyrie duduk tegak menghadap Drake.

"Kau tu raja, kau kenalah biasakan diri dengan cara hidup macam ni."

Drake menggeleng.

"Aku sedar asal aku, Kyrie. Biarlah aku berpada macam ni je andai dengan cara ni je orang ramai boleh suka dengan aku." Drake sudah siap dengan tuksedonya. Pakaian itu diperkemaskan.

Kyrie diam sejenak. Dia sendiri pun tidak faham dengan cara abangnya itu. Terlalu merendah diri meskipun sudah bergelar raja. Perwatakan Drake itu ternyata bertentangan dengan perwatakan raja-raja yang sebelum ini.

Pintu bilik tiba-tiba diketuk dari luar.

Baru Kyrie mahu turun dari katil, Drake terlebih dahulu membuka pintu itu.

THE TALE OF DRAKEWhere stories live. Discover now