Seminggu kemudian
"Huargh." Erix menguap sambil mengeliat.
Entah mengapa, dia merasakan yang tidurnya pada malam tadi sangat lena. Dia langsung nyenyak hingga tidak sedar waktu berjalan dengan pantas.
"Kau dah bangun rupanya." Suara seorang lelaki yang menyapa membuatkan Erix terkejut.
Erix memincingkan mata. Memandang tepat pada susuk seorang lelaki yang duduk di meja belajarnya.
Lelaki itu menoleh.
"Argh!" Erix menjerit terkejut.
"Kau dah kenapa? Macam nampak hantu pulak."
"D-Drake?"
"Akulah ni. Kau dah kenapa?" Drake bekerut dahi melihat tingkah Erix.
"Maksudnya ni bukanlah mimpi." Erix berbisik sendiri.
"Memang bukan mimpi pun. Kau dah tidur selama seminggu, tak sangka pulak kau dah lupa segalanya."
Erix menggeleng.
"Aku tak lupa semua benda yang terjadi. Cumanya, aku ingatkan semua tu sekadar mimpi je. Tak sangka kau memang wujud rupanya."
Drake tidak membalas apa.
Melihatkan tiada reaksi dari Drake, Erix memandang sekeliling biliknya. Entah mengapa, baginya seperti ada suatu kelainan di dalam biliknya itu. Bilik itu dirasakan seperti biliknya yang ada di rumah keluarganya.
"Drake, apa kau buat selama aku tidur?" Erix bertanya ingin tahu.
"Aku tunaikan janji aku pada kau. Aku dapatkan semula semua harta milik kau yang telah disalah gunakan oleh mak cik dan pak cik saudara kau."
"Maksudnya sekarang ni aku..."
"Ya, kau berada dekat ruah keluarga kau dan ini adalah bilik kau yang asal."
Erix terdiam. Dia tidak yang menyangka yang Drake sanggup mendapatkan semula haknya. Lebih mengejutkan, Drake sanggup melakukan semua itu meskipun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
Tok! Tok!
Pintu bilik dibuka dari luar. Seorang lelaki muncul di muka pintu.
"Tuan muda bercakap dengan siapa?" Dia bertanya sambil mata meliar memandang segenap bilik.
Erix mengerling ke arah Drake yang masih tetap di meja belajarnya.
Drake menggeleng perlahan.
"Mana ada. Saya baru je bangun ni." Erix berdalih. Dia sendiri pun tidak tahu hendak menipu apa.
Lelaki itu diam lalu mengangguk.
"Saya bawakan baju sekolah baru untuk tuan. Ia dah siap digosok." Lelaki itu menunjukkan sepasang baju sekolah yang masih baru. Cantik, putih malah sudah siap digosok cantik.
"Oh! Terima kasih." Erix mahu turun dari katil untuk mengambil baju itu, namun si lelaki terlebih dahulu memasuki bilik dan menyangkut baju itu pada penyidai.
"Saya tinggalkan dekat sini. Saya keluar dulu, tuan."
Erix mengangguk.
Si lelaki berjalan keluar. Pintu bilik ditutup rapat.
"Dia tak nampak kau ke?" Erix terus menanyakan soalan sejurus saja lelaki tadi pergi.
"Tak. Cuma kau seorang je mampu melihat aku. Orang yang tertentu je yang mampu melihat aku."
"Oooo..."
"Sudah! Cepat bersiap. Kau dah lambat nak ke sekolah."
"Oh! Okey."
YOU ARE READING
THE TALE OF DRAKE
FantasyErix seorang remaja lelaki yang lemah dan sering dipergunakan oleh orang sekelilingnya. Dirinya juga turut dikhianati oleh sahabat baiknya. Disebabkan rasa putus asa dengan hidup dan dendam terhadap mereka yang mempergunakan dirinya, Erix mengambil...