꒰๑꒱ 𝗘𝗣𝟬𝟱 : 𝘁𝗵𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴'𝘀 𝗿𝗮𝗻𝗴𝗲𝗿𝘀

58 10 785
                                    

don't forget to vomment :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

don't forget to vomment :)

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Jihyun berdiri kaku di hadapan bangunan kecil terpinggir membelakangi pantai Dongbaek. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Farmasi Dongbaek" tuturnya membaca papan tanda depan mata.

Fikirkan dia sudah berada di tempat yang benar, tangannya menolak daun pintu. Angin sejuk dari penghawa dingin mencengkam kulit. Jihyun tersenyum lega tanpa sedar. Panas membahang di luar sedikit sebanyak mengerutkan wajahnya.

"Selamat datang. Apa yang boleh saya bantu ?" soal seorang jejaka menjengukkan kepala dari bawah kaunter.

Jihyun tergamam. "Apa awak buat dekat sini ?" jeritnya menekup mulut. Joshua mengangkat kening.

Dia memerhati kawasan sekeliling memastikan yang dia masih di tempat yang sama. Kepalanya mengangguk kecil selepas yakin bahawa tiada apa - apa yang janggal berada di depan mata.

"Awak nak apa ?" soalan tadi dibiarkan tanpa jawapan. Jihyun menggeleng. Tangannya menghulurkan sekeping kertas yang diberikan Haera sebentar tadi. "Er, saya cari pharmacist untuk beli ubat-

Belum lagi ayat itu tamat, Joshua berdiri tegak menyimpan screw driver ke dalam kot makmal miliknya. Dia memanjangkan tangan mahu menyambut surat huluran Jihyun.

"Oh my god. Awak dah bunuh pharmacist tu dengan screw driver !" jerit Jihyun lagi sambil berlari mengundur bersandar ke dinding.

Terkejut Joshua disergah sebegitu. Bahunya menghinjut kecil fikirkan ada pembunuh di belakang. Dia memandang gadis itu semula geram. Wajahnya jelas tidak berpuas hati.

"Excuse me ? " tangannya memeluk tubuh.

Jari Jihyun menggeletar mahu menunding. Matanya berkelip - kelip cuba menenangkan diri sendiri. "Aw- awak bunuh pharmacist tu ke ?"

Pelbagai bayangan ngeri terpapar di minda memikirkan jejaka tersebut baru saja lepas muncul dari bawah kaunter. Kemungkinan pharmacist yang dia cari sejak tadi berada di situ setelah ditikam. Ya, mana tahu lepas dibunuh dia akan membuang semua bahan bukti ke dalam laut ?

Telefon bimbit di dalam poket segera ditarik keluar saat Joshua melompat melepasi kaunter lalu mendekatinya. Alat peranti tersebut dirampas mudah kemudian disimpan ke dalam poket seluar lelaki itu.

Joshua menunduk rendah. Senyuman senget terukir sewaktu Jihyun menutup mata ketat. Terpamer sebaris gigi putihnya. Sebuah tawa terlepas dari bibir.

"Ah, macam mana eh ? Perlu ke saya bunuh awak pulak selepas ni ?" bisiknya betul - betul bersebelahan dengan telinga gadis itu.

Jihyun cuba menghela nafas tenang semampu yang boleh. Dia cuba mengingati kembali langkah seni pertahankan diri yang dia pelajari di kelas Taekwondonya dulu. Okay, Jihyun. You can do this !

𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !Where stories live. Discover now