꒰๑꒱ 𝗘𝗣𝟭𝟭 : 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗵𝘆𝘂𝗻𝗷𝗮𝗲 ?

28 3 281
                                    

don't forget to vomment :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

don't forget to vomment :)

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Hyunjae mengangguk malas mendengar bebelan dari hujung panggilan tersebut. Bibirnya menjuih sambil dia membelek - belek cawan kafe membuang rasa bosan dari terus fokus. Sebuah keluhan kecil dilepaskan.

"Iya, Hyunjae tahu. Appa janganlah risau. Semuanya akan Hyunjae jaga dekat sini. Appa tu jangan lupa, makan ubat" tiba pula waktunya untuk membebel. Senyumannya terkuntum selepas mendengar decitan ayahnya selepas tugas mereka bertukar pula. Wanita itu ketawa mengekek suka lalu menghenyakkan punggung bersandar pada kerusi kafe.

"Okay, appa. Hyunjae janji Hyunjae akan balik sana lepas semuanya dah selesai. Appa janganlah risau" kali ini dia membalas lembut.

Panggilan dimatikan. Tuan kafe tersebut diam termenung seketika menghadam semula apa yang diperkatakan ayahnya. Pesanan penting yang membuatkan dia pulang semula ke kampung Dongbaek ini.

Ting !

Loceng kafe berbunyi pantas membangunkan dirinya dari duduk. Wajah teruja berubah jengkel selepas melihat kehadiran tetamu itu.

"Hai, tak boleh nak kecewa lagi ke muka kau tu ?" soal Jaehyun melipat lengan kemejanya. Baru saja selesai urusan di pejabat guamannya tadi.

"Kan saya dah cakap, pekerja masuk pintu belakang. Yang awak masuk ikut pintu depan kenapa ?" bebelnya geram.

Jaehyun memekakkan telinga berjalan masuk ke belakang kaunter mencari cawan kopi. Serbuk hitam dimasukkan dua sudu kedalam cawannya sebelum dibancuh dengan air panas. Dia meneguk air tanpa mengendahkan jelingan Hyunjae dari meja hadapan. Kira bersyukurlah dia mahu datang menolong wanita tetsebut di kafe kecil ini. Kalau tidak, memang sudah merayau sekeliling kampung.

"Jaehyun" panggil Hyunjae bersandar ke dinding.

"Apa ?"

"Joonyoung cakap awak tak nak tolong dia selesaikan insurans perlindungan syarikat diorang" tuturnya sama seperti apa yang gadis cantik itu mengadu beberapa hari yang lepas.

Peguam tersebut menggulingkan anak mata. Sudahlah kedatangan mereka menyakitkan hatinya. Ini mahu mengadu pula ? Datang sini mahu jual beli hartanah atau mahu pecah belahkan orang kampung ?

"Lepastu ? Kau nak aku tolong diorang ambil tanah kampung kita ni semua ?"

Hyunjae diam. Malas hendak bertekak lidah lagi. Inilah padahnya kalau berdebat dengan peguam. Pantang mundur untuk kalah. Semua katanya semua saja yang benar. Sikit pun tak boleh nak biarkan orang lain mengawal.

"Nanti awak mesej dia. Cakap yang awak nak tolong dia dengan yang lain" arahnya dingin tanpa memberikan sebarang pandangan pun pada Jaehyun di depan.

Wanita itu berjalan masuk ke dapur menyelesaikan tugasnya sedangkan Jaehyun masih bercekak pinggang mahu membantah. Baru saja pemuda kacak tersebut membuka mulut, kata - katanya sudah dipotong dari dapur.

𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !Where stories live. Discover now