꒰๑꒱ 𝗘𝗣𝟭𝟳 : 𝗵𝗮𝘁𝗶 & 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂

19 1 70
                                    

don't forget to vomment :)━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Pili paip dipulas sekali lagi. Haara mengerutkan dahi. Tadi elok saja, kenapa waktu dia nak basuh pinggan boleh jadi macam ni ? Langsung tak keluar air.

"Joonyoung-ah !" panggilnya ke ruang tamu.

"Eoh ? Wae ??"

"Yah, paip rosak ke ? Tak keluar air pun ?" Haara berpaling. Sebuah kepala terpacul dari balik sofa. Joonyoung mengangguk malas.

"Haah. Aku dah cakap dengan Hyunjae dah. Dia suruh siapa tu- apa entah nama dia. Ha, Juyeon datang repair. Nanti dia sampailah tu"

Haara kaku. Dia berpusing mengikat rambut.

"Tiap kali rosak je mesti panggil dia. Apa kata kita repair sendiri nak ?" cadangnya melipat lengan baju pula.

Joonyoung di atas sofa berkalih sekali lagi mengangkat kening. "Kau pandai ke repair paip ?"

"Alah bukan susah mana pun. Pusing sana, pusing sini siaplah" dalihnya cuba untuk memujuk.

Sebenarnya dia mahu menjauhkan diri dari lelaki tersebut. Dari cerita Hyunjae semalam, Juyeon yang berjaga siang malam menjaganya demam tempoh hari. Tetapi itu bukan bahagian yang menyeramkan. Ianya dimana semua orang tiada di rumah dan hanya dia dengan Juyeon saja sebumbung.

Teringatkan balik sudah merenangkan bulu roma tengkuk. Bila difikirkan semula, mengapa Juyeon baik benar dengannya ?

Lagipun bukan susah mana mahu mengganti kepala paip. Masukkan saja sudah cukup.

"Ha yelah tu. Pusing sana, pusing sini. Sekali kepala kau yang terpusing kena tembak air" perli Joonyoung lalu bangun berjalan ke pintu rumah.

Haara menarik wajah masam setelah diejek. Betullah apa yang dia cakap. Tiada siapa mampu halang kalau dia sudah bertekad tau. Mesti siap punya.

"Aku nak pergi rumah sebelah. Nak jumpa Jihyun kejap. Kau jangan nak buat gila. Tunggu je sini sampai Juyeon-sshi datang tau" pesan Joonyoung.

Tangannya masih ralik membelek mesej di telefon. Berita yang dia dapat itu harus dibincangkan segera sebelum terlambat. Nanti melepas lagi peluang.

Tak dengar sebarang jawapan, dia berpusing mengangkat kepala.

"Haara, dengar tak apa yang aku cakap ni. Jangan sentuh paip tu" dia mengulangi nasihatnya selepas melihat Haara yang masih berkeras mahu membelek paip rumah mereka.

"Iya, dengar. Awak pergi sajalah. Saya tak buat apa pun dekat sini"

Gadis itu berpura - pura membelek rak pinggan pula. Joonyoung menggeleng kecil sebelum melangkah keluar. Harapnya sahabatnya tersebut mendengar kata buat kali ini.

𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !Where stories live. Discover now