꒰๑꒱ 𝗘𝗣𝟭𝟰 : 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿 𝘀𝘂𝗻𝘀𝗲𝘁

37 2 529
                                    

don't forget to vomment :)━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Terlihat suasana balai polis itu sungguh tenang dimata. Berbeza sekali dengan keadaan di Seoul. Setiap hari hampir beribu orang datang ke balai polis membuat pelbagai laporan.

Wuyoung menggenggam beg bimbitnya sambil melepaskan keluhan kecil.

"Kau nak jumpa Puan Im dengan cara betul. So here you are. No turning back, Wuyoung-ah" getusnya sendirian.

Dengan nafas baru, gadis itu mengorak langkah memasuki ruangan Balai Polis Dongbaek yang lengang sejak tadi. Bunyi loceng berdeting menarik perhatian semua pegawai polis yang sibuk di meja masing - masing.

"Eoh, budak bandar !" tegur seorang pegawai teruja menyentakkan Wuyoung seketika.

Pemuda tersebut tersenyum manis membalas reaksi Wuyoung sendiri. Tangannya dicekakkan ke pinggang selesa. "Awak budak bandar tu kan ? Kawan Haara-sshi ?" soalnya pula.

"Ah, ya. Saya kawan kepada Haara" sempat anak matanya melirik ke tag nama pegawai itu.

Kim Mingyu.

Macam pernah dia dengar nama ini.

"Ada apa awak datang sini ? Barang hilang ke ? Atau kecurian ?" soal Mingyu bersandar ke mejanya pula. Rakan kerjanya yang lain masing - masing menyambung kerja mereka tanpa memberi perhatian lanjut.

Kerana itu, Wuyoung mampu mengeluh lega. Sekurang - kurangnya tak adalah rasa tertekan bila ditenung sedemikian.

"Oh, tak. Saya sebenarnya nak ke rumah Puan Im. Hyunjae cakap elok saya pergi dengan orang yang arif tentang selok - belok kampung ni. Jadi sebab itu saya ke sini minta tolong sedikit"

"Puan Im ? Seungcheol hyung nak ke sana juga kan ?" celah seorang pegawai lagi. Kwon Soonyoung tertera di tag namanya.

Mingyu mengangguk mengiyakan. Namun nama keramat itu membuatkan Wuyoung mula tak tentu arah.

Tak boleh !

Seungcheol adalah orang kuat yang menentang misi mereka sejak hari pertama lagi. Takkanlah lelaki itu nak menolongnya ?

Makin dimarah lagi adalah.

"Tak boleh ! Hyunjae pesan pergi dengan orang yang pandai pujuk Puan Im. Um, apa kata awak pergi dengan saya, Mingyu-sshi ?" dia cuba membuat penawaran.

Pemuda itu diam seketika berfikir. Senyuman nipis terpalit di bibir Wuyoung menyangkakan pujukannya berjaya.

"Hm, dalam kampung ni ada seorang je yang boleh pujuk Puan Im" dia mengurut dagu.

Wuyoung mengangguk penuh keyakinan. "Siapa ? Saya boleh saja pergi dengan sesiapa saja. Saya ini ramah orangnya"

Soonyoung dan Mingyu bertukar pandangan.

𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !Where stories live. Discover now