don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━"Boleh ke kamu buat ni ? Kalau tak boleh samchon boleh buatkan" tegur Tuan Jung kerisauan memandang Soojin yang memanjat tangga memasang lampu mentol khemah.
Soojin mengangguk walaupun tak kelihatan dek kepalanya mendongak.
"Boleh, saya dah biasa buat kerja macam ni" jawabnya setelah siap memasukkan mentol ke dalam sarung. Selalu di pejabat, dialah yang tolong buat kerja - kerja begini. Lelaki di dalam pejabat itu semuanya tak boleh diharap. Hanya mampu mengampu boss saja kerjanya.
"Cuba samchon bukak suis sana" arahnya setelah yakin mentol siap dipasang.
Tuan Jung akur beredar berjalan ke arah suis lampu. Yang berada beberapa meter jauh dari mereka. Soojin menongkat dagu menunggu.
"Kau buat apa dekat sini ?"
Gadis itu menunduk.
Kelihatan Jay sedang bercekak pinggang di bawah menjelingnya dingin. T-shirt putihnya berlengan pendek menyerlahkan otot lengan yang muncul saat dia meletakkan tangan di pinggang. Soojin hanya menjeling malas. Mana saja dia ada, mesti mamat ni kena ada. Sibuk betullah.
"Tolong cabut rumput" perlinya.
Melihat reaksi Jay jengkel. Dia mendecit lagi.
"Tolong pasang lampulah. Buta ke ?" bebelnya seorang diri di atas.
Jay mendengar tapi tak membalas. Ada sesuatu yang lebih penting lagi perlu dia katakan berbanding bertikam lidah.
"Kau turun sekarang" arahnya masih dalam keadaan dingin.
Soojin menjeling lagi. "Tak nak. Asal aku kena ikut cakap kau pulak ?" dia menggulingkan anak mata.
Jay kini berpeluk tubuh pula. Tak sangka gadis ini sangat keras kepala. "Soojin, tangga ni tangga lama. Tak kukuh. Kau turun, aku bawakan tangga baru" terangnya sedikit lembut dari yang tadi. Mungkin dengan cara itu Soojin akan mendengar kata.
Namun tidak, Soojin menambah lagi bara di dalam hati dengan mejelir lidah. Dia sempat menggoyangkan tangganya mencabar kata - kata amaran Jay tadi.
Cuak raut lelaki itu terkejut. Fikirnya Soojin mahu terjatuh. Cepat - cepat dia depakan tangan. Soojin ketawa mengekek. Suka melihat Jay gelabah begitu.
Plak !
Mentol di depannya menyala cerah. Tuan Jung muncul dari jauh mengangkat ibu jari gembira. Belum dikira rasa gembiranya Soojin. Gadis itu mengangkat kedua belah tangannya teruja bangga. Kan dia dah kata, dia mampu.
"Eh, Soojin ! Hati - hati !!" jerit Tuan Jung tatkala tangga lama itu terpatah dua.
Soojin menjerit kecil saat terasa badannya di awangan seketika. Tawanya tadi mati. Dia menutup mata erat menati impak keras dari tanah yang bakal diterimanya.
Sebuah tangan melunjur memeluk pinggang dan bahunya erat. Bukan, ini bukan tanah keras yang dia nantikan.
Dia membuka mata. Jay membawanya berpusing di dalam pelukan mengelak dari kayu tangga yang jatuh hampir merempuh mereka berdua. Jeda.
Tak mampu dia berbicara setelah matanya ditatap dengan pandangan penuh kerisauan. Wajah Jay pucat. Dadanya naik turun bergelora menarik hempas nafas dek salur adrenaline di dalam darah melepaskan reaksi mengejut.
Sekali lagi tubuh Soojin didakap erat hingga dada mereka bertemu rapat. Kepalanya direhatkan ke rengkok leher gadis tersebut.
"Aku dah cakap. Kenapa kau degil lagi ? Kau hampir buat jantung aku berhenti tahu tak ?" keluhnya memejamkan anak mata ketat. Terasa desah nafas lelaki itu menghembus rambut.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !
Fanficinspired by hometown cha cha cha dongbaek bermaksud camellia. secantik bunga itu seindah pulaunya juga. dongbaek - seom kini dalam bahaya apabila sebuah syarikat hartanah cuba untuk mengeksploitasi tanah tersebut. mereka menghantar sekumpulan gadis...