꒰๑꒱ 𝗘𝗣𝟭𝟴 : 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂

29 2 175
                                    

don't forget to vomment :)━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Kedua - dua orang gadis itu tercengang di depan bilik masing - masing bertukar pandangan.

"Jangan cakap kau nak mandi sekarang" Wuyoung menjengilkan anak matanya. Seungcheol boleh sampai pada bila - bila masa sahaja. Dia perlu siap dalam masa yang terdekat.

Yoonra menyusun sepuluh jari. "Saya betul - betul ada emergency. Please !" rayunya. Dia tak boleh biarkan Seonghwa menunggu lama. Nanti dikira tak menepati masa pula. Takkan first date nak bagi bad impression kot ?

Baru saja mereka berdua mahu berlumba ke pintu bilik air, bunyi loceng rumah berdeting membuatkan kedua - duanya tersentak. Wajah Yoonra pucat dan tak kurang juga reaksi Wuyoung sendiri.

"Buka pintu. Cakap aku/saya tengah bersiap"

Ucap kedua - dua mereka serentak.

"Seonghwa cakap dia dah ada depan rumah. Tu mesti dia. Tolonglah buka pintu sekejap" pujuk Yoonra terdesak.

Wuyoung mengangkat kedua belah tangannya berserah. "Seungcheol cakap dia dah nak sampai. Macam mana kalau itu dia ?"

"Itu mesti Seonghwa. Dia cakap dia dah tunggu depan rumah"

Laju Yoonra menggeleng menidakkan. Wuyoung pula seperti tak mahu kalah. Tetap berkeras mahu Yoonra yang bukakan pintu. Dek kerana terpaksa, jadi mereka telah capai keputusan untuk buka pintu bersama - sama.

"Rambut aku okay tak ?" soal Wuyoung menyisir rambut dengan jari.

Yoonra mengangguk sambil menyelitkan rambut sahabatnya ke belakang telinga. Cuba untuk mereka imej yang comel. "Muka saya okay ? Ada air liur basi tak ?"

Sehelai tisu diambil kemudian dilap ke pipi. Barulah Wuyoung mengangguk. "Okay, tak ada apa dah" komennya.

Dengan rasa gemuruh mereka memandang pintu rumah seakan ada zombie yang menunggu di luar. Yoonra menarik nafas dalam menyorok di balik tubuh Wuyoung. Tombol pintu disentuh.

"Aku buka eh ?" Wuyoung tak berkalih walaupun terasa Yoonra mengangguk di belakang.

Klak !

"Yoonra- ouh" ayat Seonghwa tergantung. Seungcheol yang berdiri di sebelahnya mengangkat kening sebelum sekuntum senyuman muncul.

"Wuyoung-ah" panggilnya pendek.

"Um, kitorang sebenarnya baru lepas mandi. Korang tunggu sekejap boleh ?" Wuyoung memperbetulkan rambutnya. Yoonra yang masih berdiri di belakang gadis itu hanya mengangguk.

Another lie to cover a lie !

Mujur kedua - dua lelaki tersebut tidak memberikan reaksi yang berlebihan. Hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !Where stories live. Discover now