don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━Di keheningan malam, Haara menahan getar walaupun lampu jalan sudah terang menyala mencerahkan lorong - lorong kecil di perkampungan Dongbaek. Kakinya terkedek - kedek berlari meninggalkan perkarangan kafe Hyunjae di mana tempat dia tinggalkan telefon bimbitnya tadi.
Terlalu asyik berbual dengan si tuan kedai itu hingga terlupa pada telefonnya yang ditinggalkan di meja luar.
Mujur masih ada. Kalau tidak entah macam mana Haara mahu teruskan hidup. Maklumlah peranti telefon pintar kini sudah bagaikan nyawa manusia atas sebab kecanggihan dunia.
Bunyi semak bergerak, ranting kecil patah mematikan larian gadis itu. Dia melihat kiri kanan sedangkan di situ hanya ada dirinya seorang sahaja.
"Si-siapa tu ?" soal Haara ketakutan.
Fikiran ini mula berhalusinasi membayangkan pelbagai perkara.
Haara meneruskan perjalanannya tanpa berpaling ke belakang langsung. Langkahnya dipercepatkan. Rasa gelabah mula menguasai jiwa dan tangan, badan tak semena - menena berpeluh kerana takut.
Bunyi derapan tapak kaki seirama dengan pergerakannya memantaskan lagi langkah kecil gadis itu. Haara semakin resah. Air mata mula bertakung.
Cahaya putih terang berderang menyuluh terus ke wajahnya. Tangan ditarik menghalang separuh muka. Mata Haara mengecil cuba mengintai siapa yang menyuluhnya di malam buta sebegini.
"Eoh, awak bukan penyewa rumah Hyunjae noona ke ?"
Haara tergamam melihat sekumpulan lelaki sedang memandang dia dalam keadaan pelik. Matanya menggeletar dek rasa takut yang masih belum menghilang. Tolonglah, sesiapa yang dia kenal ?
Cahaya putih mencurah lagi, dan kali ini datang dari arah belakang kumpulan lelaki tersebut.
"Kau buat apa malam - malam buta macam ni ?" soal Juyeon mengangkat keningnya.
Masalah kecurian di kawasan kampung ini semakin berleluasa jadi balai bomba dan balai polis Dongbaek telah bersepakat untuk berselang seli meronda di waktu malam sekitar kampung. Jadi malam ini separuh ahli bomba bakal keluar beronda. Tak sangka pula mereka bakal berjumpa gadis ini di dalam keadaan ketakutan.
Eh, ketakutan ?
Juyeon mula serius melihatkan seluruh tubuh Haara yang menggeletar.
"Haara, kau okay ?"
Bukk !
"Ehh !!" seluruh pasukan bomba menekup mulut terkejut melihat kejadian di depan mata mereka. Itu belum ditambah dengan kagetnya kapten mereka lagi. Siapa saja yang berani memeluk kapten dingin itu ?
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !
Fanfictioninspired by hometown cha cha cha dongbaek bermaksud camellia. secantik bunga itu seindah pulaunya juga. dongbaek - seom kini dalam bahaya apabila sebuah syarikat hartanah cuba untuk mengeksploitasi tanah tersebut. mereka menghantar sekumpulan gadis...