don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Telefon yang berdering memberhentikan langkah Aeyoung sebentar. Gadis itu menyeluk masuk tangannya ke dalam poket sambil tangan kirinya mendukung anak kucing kelabu milik jiran mereka.
"Hello ?"
"Hello. Noona, petang ni Jaehyun hyung masuk kerja kan ? Boleh tak mintak tolong dia hantar diari aku dekat dapur. Appointment harini semua ada catit dalam buku tu" pinta seorang lelaki lembut di hujung talian.
Aeyoung menarik telefonnya memerhati skrin. Pelik, nombor itu langsung tak dikenali.
"Er- maaf ni siapa ya ?" soalnya teragak - agak.
"Eh, ni bukan Hyunjae noona ke ?" lelaki tersebut meyoal pula.
"Bukan. Saya Aeyoung"
Lelaki itu diam. Namun masih terdengar hembusan nafasnya di telinga. "Oh, yeke. Kalau macam tu tak apalah" ucapnya sebelum mematikan panggilan.
Aeyoung tersentak. "Lah, dah letak ? Tak sempat nak tanya mana dia dapat nombor aku. Kan Anjing kan ?" hidungnya bergeselan dengan hidung lembab milik Anjing.
"Meow"
"Hm, itulah. Biarlah dia. Kita kena pergi cepat nanti klinik tutup kan ?" anak kucing tersebut dirapatkan ke dada.
"Meow~"
Perjalanan mereka diteruskan hinggalah bertemu dengan sebuah bangunan kecil berpapan tanda Klinik Haiwan Dongbaek. Senyuman kecil terukir di bibir gadis itu. Pintu kaca ditolak perlahan penuh berhati - hati.
Seorang jururawat lelaki menegurnya disambut dengan senyuman. Aeyoung menunduk hormat.
"Eh, Anjing ! Ingatkan halmeoni yang hantar dia harini" tegur jururawat tersebut.
"Ehe. Harini saya yang bawa dia sebab dia tanak balik rumah" ujar Aeyoung sambil mengambil tempat duduk di kerusi menunggu.
Jururawat tersebut mengangguk.
"Patutlah. Jumpa kakak cantik terus tak nak balik rumah eh. Untunglah" tangannya mengusap kepala haiwan tersebut manja. Anjing membenamkan kepala kecilnya ke dalam dukungan Aeyoung. Tak mahu diganggu.
Kedua - dua mereka ketawa melihat gelagat manja anak kucing itu. Ada - ada saja perangainya satu.
"Heeseung, hyung nak keluar sekejap. Ambil barang dekat kafe Hyunjae noona. Kau jaga klinik tau. Kalau Jaehyun datang, kau halau je dia. Buat semak" seorang lelaki berkemeja putih membuka jaket makmalnya berhenti berjalan keluar dari bilik rawatan.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !
Fanfictioninspired by hometown cha cha cha dongbaek bermaksud camellia. secantik bunga itu seindah pulaunya juga. dongbaek - seom kini dalam bahaya apabila sebuah syarikat hartanah cuba untuk mengeksploitasi tanah tersebut. mereka menghantar sekumpulan gadis...