don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Achoo !" Soojin mengelap hidung yang basah.Haera, Aeyoung dan Jihyun menongkat dagu memandang gadis itu. Demamnya telah tiba. Walaupun Soojin mengatakan bahawa dirinya mempunyai antibodi yang kuat, mereka masih tidak percaya.
Buktinya, Jihyun yang mandi laut bersama - sama dia elok sahaja mengunyah roti gardenia.
"Aku rasa kau ni kena pergi klinik weyh. Nanti tak pasal - pasal yang lain pun ikut demam sekali" cadang Aeyoung mengundang anggukan dua orang sahabat mereka.
Soojin menggeleng. Dia masih lagi berkeras untuk berehat di rumah sahaja.
Sikap keras kepalanya itu membuatkan Jihyun mendecit. Dah demam pun nak degil lagi ?
"Ish, kau ni. Orang dah cakap tu dengar jelah. Pergi siap sekarang. Haera teman" Haera menunding diri sendiri selepas tanpa sedar mengangguk. "Hah, aku sekali ke ?"
"Kaulah. Takkan aku dengan Aeyoung pulak" jeling Jihyun.
Sahabatnya mencebik. Sudahlah dia yang beri cadangan, aku pulak yang kena tanggung. Mahu saja diluku kepala Jihyun waktu itu. Dia mengetap bibir.
"Ha cepatlah siap, aku tunggu dekat luar" ujar Haera malas.
Gadis itu melangkah keluar rumah meregangkan badan. Dia tersenyum nipis memandang pantai pagi di depan rumah mereka. Pemandangan ini tak mungkin dia dapat lihat di bandar sana.
"Selamat pagi, Cik Haera !" tegur Hyunjae kebetulan melalui jalan itu.
Haera menunduk hormat. "Selamat pagi !"
"Awak nak pergi mana ni ?" soalnya medekati gadis tersebut.
Hyunjae membelek diri. "Oh, saya nak pergi buka kafe. Harini saya buka lambat sikit"
"Eh, awak bekerja di kafe tu ?" Haera mengangkat kening. Tak sangka kafe yang mereka lawati semalam merupakan tempat kerja tuan rumah mereka. Hyunjae mengangguk dengan senyuman.
"Kafe tu peninggalan keluarga saya. Awak nak pergi mana ? Jomlah sarapan di kafe" Haera menggeleng lembut. Dia menolak baik.
"Saya nak bawa Soojin pergi klinik. Dia demam. Awak tahu dekat mana klinik berdekatan ?"
Gadis cantik itu menunding ke kanan. "Awak ikut jalan situ, kemudian terus sahaja. Nanti awak akan jumpa papan tanda Klinik Kesihatan Dongbaek"
Haera mengangguk. Bersyukur kerana berjumpa dengan gadis itu di awal pagi. Dia ikut menjenguk jalan yang ditunjukkan Hyunjae.
"Oh, terima kasih. Maaflah kalau ada susahkan awak"
Kedua - dua gadis itu berpisah ke arah tujuan masing - masing selepas mengucapkan kata selamat tinggal. Haera membawa Soojin mengekori jalan yang ditunjukkan Hyunjae tadi. Semoga klinik itu tidak terlampau jauh dari tempat mereka.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !
Fanficinspired by hometown cha cha cha dongbaek bermaksud camellia. secantik bunga itu seindah pulaunya juga. dongbaek - seom kini dalam bahaya apabila sebuah syarikat hartanah cuba untuk mengeksploitasi tanah tersebut. mereka menghantar sekumpulan gadis...