don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"So, macam mana ni ?" soal Haara memecah kesunyian.
Mereka semua kini sedang berkumpul di kafe milik Hyunjae buat melaksanakan mesyuarat tergempar di malam buta. Untung Hyunjae ada di kafenya. Kalau tidak, bersempitlah mereka di sebuah rumah kecil tu.
"Macam mana apa ? Tak jalanlah kerja" balas Haera malas lalu mendaratkan dagunya ke atas meja.
Yoonra berpaling ke Wuyoung risau. Anak matanya membelek raut tegang milik gadis itu.
"Wuyoung, kita balik Seoul jelah. Kau tengoklah apa yang jadi sekarang. Joonyoung pun tak dapat nak mintak persetujuan peguam dekat firma Jung tu. Macam mana nak teruskan kalau kita tak ada perlindungan lawyer dekat kawasan ni ?" pujuknya.
Tugas mereka sangat memerlukan seorang peguam. Untuk keselamatan dan juga sebagai jaminan bahawa mereka bakal mengotakan janji yang mereka taburi.
Tapi, Encik Peguamnya keras kepala. Itu yang buatkan semua pusing sekarang.
"Tch, kau ni. Sabarlah sikit. Kita fikir dulu cara lain. Takkan nak balik Seoul dengan tangan kosong kot ?" Jihyun bersandar ke dinding. Dia juga sedang kusut sebenarnya.
Masing - masing melepaskan keluhan berat. Wajah sungul tak bermaya. Jam pula semakin jauh melepasi nombor satu.
"Hot choco, guys !"
Hyunjae muncul di balik dapur kafenya membawa sedulang air. Senyuman manis wanita tersebut tak pernah pudar terjebak membuatkan mereka yang lain ikut tersenyum nipis.
Setiap seorang dihidangkan secawan air. Haruman coklat panas memenuhi ruang kafe di awangan menghadirkan rasa tenang di pinggir hati mereka.
"Nampaknya korang dah tahu Jaehyun tu gila dia tahap mana" komennya sejenak menghenyakkan punggung.
Joonyoung yang sibuk meneguk air mengangguk pantas. Rias mukanya berubah serta - merta mendengarkan nama itu.
"Ugh ! Gila dan annoying ! Berlagak ! Acah pandai ! Ingat bagus sangat ? NCT handsome lagi !"
Hyunjae ketawa mendengarkan luahan hati buat hari ini. Dia berpaling pula pada Soojin di sebelah selepas mendengar suaranya menyampuk.
"One more yang perangai sebijik macam dia. Jay jiran Puan Im tu. Gosh, poyo !"marahnya menghentak meja.
Nampak merah saja mata gadis berdua itu. Tunggu masa dicucuh lagi, mungkin mampu membakar semangat mereka untuk meneruskan sesi luahan hati tak berbayar.
"Haih, saya rasa diorang semua tak suka kitalah. Baik kita pergi je" ujar Aeyoung lemah. Cawan airnya diangkat sekali lagi menghangatkan tangan yang beku. Bibir merahnya muncung kecil.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !
Fanfictioninspired by hometown cha cha cha dongbaek bermaksud camellia. secantik bunga itu seindah pulaunya juga. dongbaek - seom kini dalam bahaya apabila sebuah syarikat hartanah cuba untuk mengeksploitasi tanah tersebut. mereka menghantar sekumpulan gadis...