don't forget to vomment :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"So lepas je awak salin roti masuk dalam dulang ni, awak dah boleh hidang dekat depan dah" pesan Hyunjae buat kali terakhir pada Haara. Gadis itu pula mengangguk faham menyambut dulang yang dihulurkan kepadanya.
Dia berjalan ke kaunter hidang di depan. Hyunjae bersandar ke dinding berpuas hati. Lega rasanya setelah Haara menawarkan diri untuk membantu dia hari ini.
"Oh, one more thing. Harini Juy-
"Eh, dah pukul lima dah. Awak tak nak pergi lagi ke ?" potong Haara serentak melihat jam.
Jam dinding dikerling pendek. Hyunjae lantas berlari mengambil beg tangannya di meja. Ayat yang dipotong tadi langsung terlupa memikirkan dia sudah terlambat pada pertemuannya pertama kali hari ini bersama Hongjoong."Malam nanti saya datang balik tau tolong awak, gumawo Haara-ya" dia menyusun tangan sepuluh jari tanda terharu.
Haara memgangguk dengan senyuman. Tangannya melambai jauh. "Eung, awak jangan risau. Enjoy your date !"
Bayang Hyunjae semakin lama semakin menjauh. Senyuman Haara melebar panjang. Dia mengeluh melepaskan nafas teruja mahu memulakan kerjanya harini.
Selalu bekerja di pejabat saja. Siapa sangka dia dapat jadi baker dan barista di sini ?
Bunyi cawan mendarat di atas marmar kaunter membuatkan gadis itu berpaling. Keningnya berkerut kecil sambil dia mencari bayang orang di dalam kafe tersebut. Kosong, tidak berpenghuni.
Dia diam lagi. Cuba fokus mencari bunyi lain selain daripada bunyi tadi. Siapa tahu kalau - kalau ada binatang kecil terlepas masuk ke ?
Haara menginjut terkejut sewaktu mendengar bunyi paip dibuka di dapur. Rasa berdebar, bulu roma menegak, seram sejuk bergelora di dalam dadanya. Perlahan - lahan dia melangkah mendekati dinding yang membahagikan ruang kafe dan dapur.
"Hantu air ??" getusnya seorang diri melihat cawan berisi air kopi di atas kaunter.
Siapa lagi kalau bukan hantu air ? Main paip pulak tu.
Baru saja dia mahu mengintai ala - ala James Bond kepalanya berlanggaran dengan sebuah dinding lembut. Bibir merahnya memuncung menggosok dahi.
"Kau lagi ?" Haara mendongak rajuk.
"Eh ! Awak ?" soalnya seraya bertemu dengan sepasang mata tajam.
Juyeon menjeling malas berlalu ke kaunter mengambil mugnya. Tali apron diketatkan di pinggang seraya dia bersandar menghirup air yang baru saja dibancuh tadi. Kehadiran Haara di belakangnya tak dihiraukan.
Dia berkalih sewaktu terasa dirinya ditenung.
"Asal kau yang kat sini ? Hyunjae mana ?"
Haara tersentak. Wajahnya dipalingkan segan kerana perbuatannya diketahui.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !
Fanficinspired by hometown cha cha cha dongbaek bermaksud camellia. secantik bunga itu seindah pulaunya juga. dongbaek - seom kini dalam bahaya apabila sebuah syarikat hartanah cuba untuk mengeksploitasi tanah tersebut. mereka menghantar sekumpulan gadis...