don't forget to vomment guys :)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━"Haera, cepat !" jerit Yoonra separuh teruja menarik tangan gadis itu turun ke pantai. Jihyun menggeleng perlahan.
Dia berpaling ke belakang.
"Ha, tunggu apa lagi ? Cepatlah" panggilnya melihat Soojin yang masih teragak - agak mahu turun ke pantai.
"Weyh, kau ada nampak Eun tak ? Aku rasa macam dia tak ada dengan kitalah tadi" Soojin mendekatinya.
Jihyun mengerutkan dahi. Rasanya seperti gadis tersebut mengikut Wuyoung ke kafe. Tapi dia pun tak ternampak bayang Eun selepas mereka turun dari bot.
"Alah, dia pergi kafelah tu" balas Jihyun menyedapkan hati.
Dia dan Soojin berjalan di persisiran pantai sambil memerhati Yoonra dan Haera yang teruja di atas jeti kecil milik nelayan.
Kedua - dua gadis itu menari - nari kecil melihat dua orang nelayan yang sedang mencuci bot mereka. Maklumlah tinggal di bandar tak pernah melihat lihat senario seperti ini.
"Korang tengok apa ?" soal Jihyun mendekat. Haera dan Yoonra masing - masing menunduk sambil membelek sesuatu di tepi jeti.
Kedua - dua mereka berpaling menghulurkan tangan. "Ini. Comel kan ? Nelayan tu bagi~"
Jihyun mengundur ke belakang terkejut melihatkan anak ketam diatas tapak tangan sahabatnya. Dia terus mengundur tanpa sedar kakinya sudah berpijak di atas angin.
"Weyh, Jihyun jaga - jaga !" jerit Haera namun semuanya sudah terlambat.
Gadis itu menggapai - gapai tangannya meminta tolong di dalam air. Haera dan Yoonra menjerit ketakutan. Soojin yang berada jauh daripada mereka terus berlari ke tempat kejadian.
Untung salah seorang nelayan yang sedang mencuci bot tadi pantas terjun ke dalam air memaut dada Jihyun membawanya berenang ke tepian jeti.
Dengan bantuan seorang lagi nelayan lelaki, tubuh Jihyun ditolak naik ke atas. Nelayan tadi panjat naik lalu menampar lembut pipi Jihyun menyedarkannya.
Jihyun masih tidak sedarkan diri.
Kerana keadaan memaksa lelaki tersebut perlu melakukan pernafasan dari mulut ke mulut. Dia menghela nafas sedalam yang boleh.
Baru saja wajahnya ditundukkan, Jihyun terjaga lalu terbatuk memuntahkan air laut yang tanpa sengaja dia tertelan sebentar tadi.
"Cik, okay ?" soal lelaki itu.
Jihyun menggeleng menolak lelaki itu menjauh.
"Awak- uhuk- awak nak buat apa dekat saya tadi !" marahnya.
Nelayan tersebut seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengari.
"Apa ?"
"Encik dah sentuh saya merata. Jangan cuba nak berlakon innoncent lagi" tuduh Jihyun cuba untuk berdiri. Matanya menjeling sinis.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !
Fanficinspired by hometown cha cha cha dongbaek bermaksud camellia. secantik bunga itu seindah pulaunya juga. dongbaek - seom kini dalam bahaya apabila sebuah syarikat hartanah cuba untuk mengeksploitasi tanah tersebut. mereka menghantar sekumpulan gadis...