꒰๑꒱ 𝗘𝗣𝟬𝟵 : 𝗸𝗲𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗯𝘁𝘂

70 9 860
                                    

don't forget to vomment :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

don't forget to vomment :)

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Keheningan pagi bersama bayu sejuk sungguh menyelesakan. Meskipun cuaca yang cukup sesuai untuk masih berdengkur lagi ada, terlihat beberapa orang nelayan sudah pulang dari laut membawa pulang hasil tangkapan mereka hari ini.

Semuanya untuk sesuap nasi.

Hyunjae menarik nafas dalam lalu menghembus bersama senyuman di bibir. Secawan coffee hangat pagi ini seragam untuk dia menikmati bersama suasana yang dingin membadai lembut.

Gadis itu duduk menyilangkan kakinya berhadapan dengan jalan di depan kafe. Hari ini dia tak duduk di dalam. Lokasinya betul - betul - betul di depan kafe dimana tempat pelanggannya selalu duduk untuk menikmati keindahan di pulau tersebut.

"Good morning" tegur Joonyoung mengemaskan baju sejuknya sambil menghenyakkan punggung bersebelahan dengan Hyunjae.

"Good morning" balas Hyunjae ceria walaupun wajah Joonyoung jelas - jelas baru bangun dari tidur.

Soojin, Jihyun, Haara dan Wuyoung kemudian muncul dari belakang. Masing - masing menutup mulut menahan raut berkerut - kerut menguap.

"Morning" ucap Wuyoung malas bersandar ke dinding. Matanya masih separuh kuyu.

"Awak berempat je ke ? Mana yang lain ?" soal Hyunjae setelah mengira bilangan mereka.

Soojin mengambil cawan yang dihidang di atas meja. Selepas meneguk kali pertama, dia melepaskan keluhan puas segar.

"Yang lain tidur. Kitorang kejut pun tak nak bangun. Seronok tidur lagi" baru dia menjawab. Hyunjae mengangguk. Dia tak kisah kalau mereka tak mahu berkumpul pagi ini. Lagipula, dia pun akan melakukan benda yang sama kalau cuaca ini yang tiba.

"Kita sebenarnya ada apa ni ? Memang awak panggil kami bangun awal semata - mata nak pandang pantai tu ke ?"

Jihyun berpusing dengan kepalanya masih bersandar pada bahu Joonyoung. Melayan rasa mamai yang masih ada. Haara yang duduk di hujung juga cuba untuk membuka mata seluas yang boleh.

"Haah. Kita nak buat apa ni ?" soalnya pula.

Takkanlah hanya untuk termenung sepanjang pagi. Kalau ya, dia sudah bersedia mahu mengangkat kaki beredar. Lebih sedap kalau sambung tidur yang terbantut tadi.

Tak cepat melatah, Hyunjae tenang menerima soalan bertalu - talu kepadanya. Dia menunding ke arah beberapa buah khemah yang terletak berhampiran dengan pantai di hadapan kafe tersebut.

"Khemah tu untuk acara petang ni. Selalunya di Kampung Dongbaek, setiap hari Sabtu malam akan ada festival istimewa untuk penduduk kampung. Ada permainan untuk budak - budak, lepastu makan - makan sedikit. Wayang kampung sebagai hiburan. Saja berkumpul antara orang kampung. Petang ni, akan ada persiapan untuk acara tu" terangnya panjang lebar. Namun, penerangannya itu masih belum menimbulkan lagi idea di dalam kepala mereka berlima. Semuanya masih mengantuk baru bangun dari lena.

𝗱𝗼𝗻𝗴𝗯𝗮𝗲𝗸-𝘀𝗲𝗼𝗺 , 𝗁𝗐𝖺𝗂𝗍𝗂𝗇𝗀 !Where stories live. Discover now