1 | Tekad Si Anak Dara

1K 102 7
                                    

MANCHESTER, ENGLAND (6AM)

Bunyi roda bagasi bersaiz XL kedengaran bingit bergeseran dengan jalan bertar. Permukaan jam yang terletak di nadi pergelangan tangan, aku telek seketika sambil terus berjalan meredah kawasan pejalan kaki. Suasana di kota Manchester pada waktu awal pagi itu terasa begitu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi angin yang disulami dengan bunyi salakan anjing.

Aku mengeratkan jaket tebal di tubuh apabila angin sejuk menyapa ke wajah. Langkahku terhenti sebaik sahaja aku tiba di tempat menunggu bas dan teksi. Tangan kananku melepaskan pemegang bagasi, kemudian aku meninggung sambil menggosok kedua telapak tangan. Terasa kebas tanganku dek kesejukan yang begitu dingin.

Hurmm, aku tidak pasti jika bas atau teksi sudah beroperasi pada waktu awal pagi macam ni?

Helaan nafas aku lepaskan panjang. Hembusan nafasku tampak menghasilkan wap putih dek haba dari tubuh. Tangan kananku meraba poket jaket tebal. Smartphone, aku gapai perlahan. Berpinau mataku apabila cahaya dari skrin smartphone menyuluh kornea mata bagaikan matahari.

Sebaik sahaja kunci skrin dibuka, aku terus membelek chat dan juga mesej. Senyuman aku ukirkan apabila langsung tiada chat dari ibu ataupun ayah. Heh, mereka masih tidak sedar aku sudah keluar dari rumah? Baguslah. Sekarang, aku kena cepat-cepat keluar dari Manchester. Ayah ada ramai kawan. Jika ayah kerahkan mereka untuk cari aku, memang nahaslah aku.

Walau apa pun yang terjadi, ini tekad aku. Perkahwinan yang dirancang keluarga? Pfft! What year is this? 1980? Come on, tiada lagi perkahwinan terancang yang diamalkan pada zaman moden seperti sekarang.

My parent is so oldschool. Its annoying. Mereka paksa aku untuk berkahwin dengan lelaki yang aku langsung tak kenal. Cuma ini caranya untuk aku lepaskan diri.

Don't judge me, alright? Aku berhak tentukan siapa pasangan hidup aku. For once and all, this is my life. Right?

Dikala aku leka membelek aplikasi-aplikasi yang ada di smartphone, cahaya terang menyuluh dari sisi kiri. Aku bingkas bangun dari meninggung. Kelihatan sebuah teksi berwarna hitam bergerak mendekati stesen tempat aku berdiri. Cepat-cepat aku mengangkat tangan untuk menahan teksi tersebut. Aku menarik semula bagasi apabila teksi hitam tersebut berhenti di hadapanku.

"Cik mahu kemana? Its so early in the morning."

Seorang lelaki tua dengan misai ala-ala cowboy menyoal sebaik sahaja cermin sisinya diturunkan. Aku mengukir senyuman manis.

"Saya mahu ke stesen kereta api, Manchester Piccadilly. Encik boleh hantarkan saya ke sana?"

"Manchester Piccadilly, huh? Sure."

Si lelaki tua tersebut memberi persetujuan seraya keluar dari teksi miliknya. Bagasi milikku, dia angkat sopan kemudian diletakkan ke dalam bonet belakang. Aku terus masuk ke dalam teksi seusai dipelawa. Si lelaki tua tersebut kembali duduk di tempat duduk pemandu.

"Agak-agak berapa lama ye perjalanan dari sini ke stesen kereta api tu?"

Aku menyoal apabila teksi hitam bergerak keluar ke jalanraya. Si lelaki tua melirikkan pandangan ke cermin tengah untuk melihat biasan imej diriku di tempat duduk belakang.

"Aku agak sekitar 2 jam, itupun bergantung pada keadaan trafik. Kenapa? Cik sedang mengejar masa?"

"Sekitar dua jam, huh? Okay, its not that far. Haha, taklah. Saja saya bertanya."

Aku menjawab sopan seraya memalingkan muka ke tingkap sisi. Melihat pemandangan di sekitar kawasan kota Manchester yang sememangnya tenang dan mendamaikan. Sejujurnya, aku sayangkan kota kelahiran aku ini, tapi, apakan daya? Ayah dan ibu terlalu mendesak. Aku rimas. Aku cuma mahu berdikari dan tentukan nasib hidup aku sendiri tanpa dikawal mana-mana pihak luar.

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now