13 | Nonchalant

214 49 0
                                    

"Mama! Mama! Can I have some chocolate milk!?"

Pekikan suara budak perempuan membuatkan aku terpisat-pisat bangun dengan muka berkerut. Cahaya matahari yang menerjah melalui jendela memanah muka. Aku mengeliat kecil seraya bangun dari katil. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Ah, aku langsung tidak sedar hari sudah pagi. Disebabkan terlalu penat dan kekenyangan, aku terus tidur semalam selepas mandi.

Perlahan-lahan aku bergerak ke bilik air. Tuala yang tersidai di pintu, aku gapai malas. Pili sinki, aku buka. Air sejuk dicurahkan ke wajah. Seperti biasa, rutin harian pagi aku amalkan. Sebaik sahaja menggosok gigi dan mencuci muka, rambutku yang separa pinggang, aku ikatkan menjadi sanggul.

Habis bersiap, aku keluar dari bilik tengah. Kelihatan Eva dan seorang budak perempuan di ruang dapur. Mereka asyik bersembang sambil menikmati suasana pagi. Si gadis berambut merah tampak ceria melayan kerenah anak perempuan tunggalnya itu sambil menggoreng kentang.

"Edith pandai tuang sendiri susu coklat tu? Jangan tumpah, okay?"

"Edith pandai tuang sendiri lah. See?"

Aku tersenyum melihat gelagat mereka. Si budak perempuan kelihatan bangga dengan kebolehannya untuk menuang susu coklat ke dalam gelas tanpa sebarang bantuan.

So, this is her daughter? She's cute. Sangat petah bercakap. I love her already. Langkahku diorak mendekati mereka berdua. Meredith dan Eva berpaling ke belakang seusai mereka sedar akan kedatanganku. Tanganku dilambaikan kepada mereka sambil tersenyum.

"Morning."

"Morning to you too. Awal jugak kau bangun ye? Extra point for a good wife materials. Good for you."

Eva menyindir sambil tersengih menampakkan lesung pipit. Meredith hanya memerhati aku tanpa sepatah kata. Mungkin dia masih tertanya-tanya siapa aku? Malas hendak melayan sindiran Eva, aku berpaling pada Meredith. Pipinya aku cubit lembut.

"You're so noisy, you know that? Akak terjaga sebab awak, tau tak?"

"Hurm? Sorry..."

Meredith memaparkan muka tidak bersalah seraya meneguk susu coklat di dalam gelas yang dituangnya tadi. Aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum melihat gelagat budak perempuan comel tersebut. Dia seiras dengan Eva. Like mother, like daughter its seems. Eva kembali ke depan. Kerja memasaknya diteruskan.

Aku melabuhkan punggung di kerusi kayu. Kopi panas, aku tuangkan ke dalam cawan seramik. Kelopak mataku terpejam rapat sambil menikmati kehangatan kopi pekat tersebut. God, its such a bliss. This coffee is so good. Eva mengangkat kentang goreng, kemudian diletakkan ke dalam mangkuk kaca.

"Kau tidur nyenyak, Ainsley?"

Eva menyoal seraya duduk di sebelah Meredith. Mayonis dan salad segar dia susunkan di atas pinggan bersama kentang yang digoreng sebentar tadi. Meredith langsung tidak mengendahkan aku. Dia tampak fokus akan makanan yang dihidangkan kepadanya. Aku menyimpulkan senyuman seraya menganggukkan kepala.

"Uh-hurm, yeah. The room is cozy. Thanks to you, Eva."

"Haha, its nothing. Kawan Colby, kawan aku juga. So... Kau memang mahu mengembara dengan dia, atau mamat bodoh tu paksa kau?"

Eva menyoal sambil melayan Meredith bersarapan. Aku tertawa kecil.

"Sebenarnya saya mahu ke London. Tapi, beg tangan saya dicuri. Kebetulan Colby tolong saya, jadi saya ikutlah dia. Colby berjanji dengan saya, dia akan bawakan saya ke London."

"Kau percayakan dia, Ainsley? Man can be dangerous, you know? Kau tak takut jika dia bunuh atau rogol kau?"

"Haha, nope. Colby won't do such a things. Saya percayakan dia. He taken care of me nicely."

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now