11 | Peachy

238 48 0
                                    

WEXFORT VILLAGE APARTMENT (12PM)

Setelah hampir dua jam berada di dalam perut kereta, akhirnya kami tiba di sebuah apartment dengan rekaan inggeris klasik. Si gadis berambut merah menyala memandu perlahan ke tempat meletak kenderaan. Sebaik sahaja enjin dimatikan, kami bertiga terus keluar dari kereta. Keadaan sekeliling aku perhatikan sambil menggosok kedua telapak tangan.

Suasana disitu terasa begitu sunyi sepi dan kesejukkannya sememangnya mencengkam tulang hitam. Eva mengeluarkan bagasi milikku bersama beg hiking milik Colby. Si lelaki bercermin mata bulat mencekak pinggang sambil memerhati keadaan apartment dengan rekaan klasik di hadapannya itu.

"Sudah berapa lama kau menetap di sini, Eva? This place seems not bad."

Colby menyoal dengan nada mendatar. Eva tertawa kecil seraya menyerahkan bagasi kepadaku. Suaannya itu, aku sambut dengan senyuman kelat di bibir. Lirikkan Eva beralih kepada Colby.

"Entahlah. Aku rasa sudah masuk lima atau enam tahun? Aku sendiri tak pasti. Kadar sewa di sini lebih murah dari di Birmingham, Colby. John ada ajak aku menetap di Birmingham, tetapi aku lebih suka tinggal di sini. Worcester is not a bad place to have a simple life, you know?"

Eva menjelaskan dengan nada bersahaja. Aku mengangguk seorang diri mendengar butir katanya itu. She's right. This place is good enough for a single mother to raise her daughter alone. Colby mengambil beg hiking miliknya dari tangan Eva, kemudian kami berjalan masuk ke dalam apartment tersebut.

Aku meninjau keadaan sekeliling sambil mengheret bagasi. Bangunan ini terasa lusuh tetapi ia masih teguh. Tidaklah kotor dan buruk sangat, tetapi nampaklah keadaannya yang sudah dimamah usia. How old is this building really? 40 or 50 years? Ah, aku tak patut ambil kisah pasal tu, bukan?

Setelah seketika berjalan merentasi ruang lobi yang sunyi, kami tercegat di hadapan lif berpagar besi. Eva menekan punatnya kemudian dia berpeluk tubuh. Colby berpaling kepadaku dengan mimik muka ceria.

"Kau mesti letih, bukan? Kita berehat dulu di sini. Take a warm nice bath and then sleep. Esok kita fikirkan ke mana destinasi kita. Sound like a good plan?"

"Yeah. Sure."

Aku memberi jawapan ringkas. Colby mengusap telapak tanganku sambil tersenyum simpul. Terasa sejuk tangannya menyentuh kulitku. Eva hanya memerhati gelagat kami tanpa sepatah kata.

Seketika menunggu, pintu lif terbuka di hadapan kami. Usai sahaja Eva menolak pagar besi ke sisi, kami bertiga terus masuk ke dalam ruang lif tersebut. Si gadis berambut merah menyala menekan punat untuk ke tingkat ketiga. Colby meraup wajahnya dengan kedua tangan.

"Anak kau ada di rumah?"

Colby menyoal. Eva mengangguk kecil seraya menyandar bahu pada dinding lif.

"Yup. She must be sleeping by now. Kenapa?"

"Its nothing. Kalau boleh aku nak jumpa dengan anak kau. Berapa umur anak kau tu dan siapa nama dia?"

"Her name is Meredith. She's five. Esok kau boleh jumpa dengan dia."

Eva membalas selamba. Colby mengangkat ibu jari sebagai tanda bersetuju. Sebaik sahaja lif tiba di tingkat ketiga, kami terus keluar. Aku dan Colby berjalan mengikuti si gadis berambut merah ke sebuah apartment bernombor 15. Anak kunci disumbat ke dalam tombol dan pintu dibuka.

Terpampang akan sebuah apartment sederhana dengan susunan perabot yang minimalis. Eva mempelawakan kami masuk dan kami menurut. Colby duduk di sebuah sofa yang terletak di ruang tamu, manakala aku duduk di kerusi yang berada di tepi pintu berkaca untuk ke ruang beranda.

"Ainsley, kau boleh berehat di bilik tengah. Buatlah seperti rumah sendiri. And, you Colby. Kau boleh berehat di bilik sebelah kanan. Kalau kau lapar, kau boleh masak, Colby. All the foods is in the fridge."

Eva berkata seraya meletak kunci kereta miliknya ke dalam bekas seramik. Aku kembali bangun dari kerusi kayu. Eva mengukir senyuman melihat aku mendekati dirinya dari depan.

"Thanks, Eva. Saya hargai pertolongan awak. Kalau boleh saya nak mandi dan berehat sekarang. Pardon me?"

"Sure. Sure. Go ahead."

Eva memberi persetujuan dengan nada ramah. Aku menyimpulkan senyuman seraya mengheret bagasi untuk ke bilik yang Eva beritahu tadi. Baru beberapa tapak aku melangkah, punggungku terasa diramas dari belakang. Aku bingkas berpaling dengan muka bingung. Eva tersengih menampakkan lesung pipit.

"You got one nice pair of peachy butt, Ainsley. Patutlah Colby beria tolong kau."

"Huh?"

"Don't mind her, Ains. Just go to your room and leave this crazy lesbian."

Colby menyampuk dengan nada meluat. Eva terkekeh ketawa. Arahan Colby aku turutkan. Tanpa melengahkan masa, aku terus masuk ke bilik tengah. Pintunya ditutup rapat. Tanganku meraba punggung sendiri.

What the hell is wrong with my butt? This Eva is so weird, she creeped me out! Cara dia bergurau agak menakutkan aku!

What the hell is wrong with my butt? This Eva is so weird, she creeped me out! Cara dia bergurau agak menakutkan aku!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Our Magic Moment™Where stories live. Discover now