2 | Manchester Piccadilly

381 65 0
                                    

"Wake up, Ainsley. Kita sudah sampai."

Kejutan lembut kedengaran menyapa di telinga. Aku terpisat-pisat bangun sambil menggosok kelopak mata. Robert tersenyum melihat aku termangu-mangu sambil melontarkan pandangan ke luar tingkap sisi. Keadaan sudah bertukar cerah dan diluar sana kelihatan beberapa orang awam mundar-mandir sambil menggalas beg. Masing-masing tampak sibuk dengan urusan tersendiri. 

Si lelaki tua keluar dari teksi hitam. Bagasi milikku, dia keluarkan dari bonet belakang. Aku membuka pintu seraya melangkah keluar. Robert menyerahkan bagasi milikku bersama senyuman tawar. Aku menguntum senyuman kelat melihat wajahnya seakan risau akan keputusanku ini. 

"Berapa tambangnya ya?" 

Aku menyoal seraya menyeluk beg tangan yang tergantung di bahu. Robert bingkas meletakkan telapak tangannya di atas tanganku. Si lelaki tua tersebut menggeleng kepala apabila aku mendongak dengan muka pelik. 

"Its okay. Simpanlah duit kau tu. You may need it more than me. Apa yang aku harapkan cuma kau baik-baik saja. Perjalanan dari sini untuk ke Kota Besar London bukanlah dekat. Aku doakan kau selamat, Ainsley."

Robert berkata ikhlas. Aku mengemam bibir mendengar butir katanya itu. Tubuh tuanya, aku peluk perlahan. Pelukan aku itu, dia balas. Belakang kepalaku, dia usap lembut. 

"Terima kasih sebab faham dengan situasi saya. I'll take my leave now. Thank you so much."

Aku mengucapkan terima kasih. Robert mengangguk kecil. Pelukan aku terlepas dari tubuhnya. Bagasi bersaiz XL, aku gapai dengan tangan kanan. Sebelum sempat si lelaki tua tersebut beredar, aku sempat melambaikan tangan kepadanya. Setelah memastikan aku bersedia, langkahku diorak mendaki anak tangga. 

Sebaik sahaja aku tiba di stesen utama, kelihatan begitu ramai orang berkumpul di situ. Nafas, aku tarik dalam-dalam kemudian menghembusnya perlahan-lahan. Baiklah, Ainsley. Sekarang kau tidak boleh berpatah balik. Berpeganglah pada tekad kau dan tunaikan impian kau. Cuma ini peluang yang kau ada. 

Keluar dari Manchester, hanya itu jalan yang aku ada buat masa sekarang. Aku perlu jauh dari ibu dan ayah. Barulah mereka sedar bahawa aku boleh berdikari. Aku tidak perlukan mereka untuk tentukan nasib hidup aku. 

Bagasi besar, aku tarik perlahan apabila aku melangkah ke depan. Sejujurnya, seumur hidup aku, belum pernah aku menjejakkan kaki di sini. Sekarang, baru aku sedar bertapa terkurungnya hidup aku selama ini. Keadaan sekeliling, aku perhatikan dengan muka teruja. Orang ramai yang lalu-lalang membuatkan aku sedikit kekok, namun ianya langsung tidak memudarkan keterujaan aku.

Manchester Piccadilly, it is the same as I imagined. Segalanya terasa sibuk dan pantas. Keadaan di sini terasa begitu sesak, sehinggakan aku berlanggar bahu dengan orang-orang yang ada di situ. Di situ juga, aku boleh menghidu bau pancake dan roti bakar bersapukan mentega. Tidak dilupakan juga, bau kopi panas berkrim. 

This is nice! I love this place! Its so bustling with life! Aku terus berjalan sambil memerhati sekeliling. Segala papan tanda yang ada, aku baca teliti. Buat masa sekarang, aku perlu beli tiket dulu. Kemudian, aku mahu bersarapan. 

Sound like a great plans, isn't it? 

Setelah seketika berjalan, aku ternampak kaunter tiket yang terletak di tengah-tengah ruang sesak tersebut. Aku bingkas mengorak langkah menuju ke situ. Seorang wanita muda tersenyum menyambut kedatanganku di kaunternya. 

"Yes, miss? How can I help you?" 

Si kerani tiket tersebut menyoal ramah. Aku tersenyum simpul. Bagasi besar, aku letakkan ke sisi. Beg tangan, aku tanggalkan dari bahu. 

"Saya mahu satu tiket untuk ke Kota Besar London. Kalau boleh, sejam dari sekarang?" 

Aku meminta sambil membuka zip beg tangan. Si kerani wanita tersebut mengangguk kecil sambil memeriksa jadual perjalanan di komputernya.

"Ah, maaflah cik. Buat masa sekarang, tiada perjalanan dari sini untuk ke Kota Besar London. Kalau cik mahu ke sana, cik perlu singgah di Birmingham."

Si kerani wanita tersebut berkata seraya berpaling kepadaku. Dahiku berkeriut seribu dek butir katanya itu. 

"Eh, really? Maknanya saya kena singgah di Birmingham dulu? Dari sana, saya boleh beli tiket untuk ke Kota Besar London? Macam tu?"

"Yes."

"Okay. Kalau macam tu, berikan saya satu tiket untuk ke Birmingham. Pukul berapa kereta api terawal bergerak?" 

"Pukul 9.30 pagi, cik. Is it alright?" 

"Sure. Sure."

Aku mengangguk pantas. Si kerani wanita tersebut menyimpulkan senyuman. Sebaik sahaja wang kertas dan tiket perjalanan bertukar tangan, aku beredar dari kaunter tersebut. Tiket perjalanan dengan perkataan Birmingham, aku tatap seketika dengan muka kurang pasti. 

Kenapa agaknya di sini tiada tiket untuk ke Kota Besar London? Aku fikir, aku boleh terus bergerak ke sana. Tidaklah aku tersesat nanti. Haih, apa aku boleh buat? Birmingham masih lagi sehala dengan Kota Besar London, bukan? Its not a big deal, I think? 

Aku menggeleng kepala seraya menyimpan tiket tersebut ke dalam beg tangan. Baiklah, urusan tiket sudah selesai. Sementara aku menunggu kereta api bertolak, lebih baik aku bersarapan dulu. Tanpa mebuang masa, aku berjalan ke sebuah kafe yang terletak berhampiran dengan tandas awam. 

Kafe tempat aku pilih itu, tempatnya tidaklah unik dan aesthetic seperti di Kota Manchester tempat aku tinggal, namun ianya cukup selesa. Di situ, aku memilih pancake madu berserta secawan kopi panas sebagai sarapan. Usai saja si pelayan kafe beredar, aku mengambil smartphone dari poket jaket tebal. 

Kedua keningku terangkat melihat begitu banyak miss call dari ibu dan ayah. Chat dan mesej juga memenuhi peti masuk. Helaan nafas, aku lepaskan pendek. Ah, nampaknya mereka sudah sedar akan ketiadaan aku di rumah. Lantaklah, malas aku nak layan. Smartphone tersebut, aku matikan kemudian disimpan ke dalam poket depan bagasi. 

Buat masa sekarang, aku tak mahu fikirkan mengenai mereka. Bila keadaan sudah reda nanti, aku akan balik semula kepada ibu dan ayah dan jelaskan kepada mereka akan semua tindakan gila aku ini. 

Dikala aku leka memerhati keadaan stesen yang sememangnya sibuk, makanan yang aku pesankan tadi, tiba di atas meja. Kopi berkrim panas, aku hirup perlahan. Senyuman terukir di bibirku sambil aku memejamkan mata. This coffee is so nice. Its really warm my heart. Mungkin tindakan aku ini tindakan yang betul. Di kafe kecil tersebut, aku menikmati sarapan yang betul-betul enak untukku. 

Tetapi, aku naif. Apa yang aku tidak tahu adalah, kira-kira empat jam nanti, sesuatu yang buruk bakal terjadi. 

The worst thing than I've ever experience in my whole life. Kenaifan aku akan makan diri tidak lama lagi. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Our Magic Moment™Where stories live. Discover now