15 | Stop Overthinking, Ainsley

256 58 5
                                    

"So, Ains... Selalunya berapa lama masa yang kau perlukan untuk siapkan sebuah lukisan?"

Colby menyoal sambil membelek kamera miliknya yang tergantung di leher. Kami berdua berjalan di tepian jalanraya yang agak lenggang. Aku mengangkat bahu dengan lagak bersahaja.

"Its depends on my mood tho. Selalunya dalam masa seminggu macam tu lah. Kebiasaannya saya lebih suka melakar dari mewarna. Like I said, its depend on my mood."

Colby mengangguk kecil menandakan dia berpuas hati dengan jawapan endah tak endah dariku itu. Its true tho. Melukis ini tidak boleh dipaksa. Jika dipaksa, karya yang dimahukan tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Si lelaki bercermin mata bulat mengubah haluan ke kanan apabila kami bertembung dengan simpang empat. Aku hanya mengikuti dia dari sisi.

"Awak nak berjumpa dengan Eva, Colby? Awak tahu di mana bengkel dia berada?"

Aku menyoal setelah kami memasuki akan sebuah kawasan rekreasi yang terletak di tebing sungai besar. Colby memalingkan muka kepadaku.

"Ah, no... Aku cuma mahu bersiar-siar dengan kau. Bosanlah kalau kita terperap dalam apartment tu saja, kan?"

Jawapan yang keluar dari mulut Colby membuatkan aku tergelak kecil. Is that it? Itu jawapan dia? Dari cara dia ajak aku tadi, aku agak dia mahu berjumpa dengan Eva. He seems to be in rush or something. But, this is his answer? This Colby is funny.

Si lelaki bercermin mata bulat menyisir rambutnya ke belakang melihat aku menekup mulut menahan geli hati. Dia berjalan ke tebing sungai besar yang dipagari dengan palang besi.  Aku mengikuti dari belakang.

"Awak belum bersarapan, bukan? Awak tak nak makan dulu, Colby?"

Aku menyoal seraya berdiri di sisinya. Pandanganku tertacap pada aliran air sungai yang mengalir tenang tanpa apa-apa halangan. Colby menggeleng kepala. Kedua tangannya disandarkan ke palang pagar besi.

"Breakfast is not really my style, Ains."

"I see... We gonna wait for a lunch then."

"Kenapa? Kau juga belum bersarapan? We can eat if you want?"

"Haha, no need. Saya sudah makan awal pagi tadi."

Aku pantas menolak perlawaannya. Colby tersenyum simpul. Pandangan mata birunya tertoleh kepadaku untuk seketika, kemudian dia kembali memandang ke depan.

"Kenapa kau lari dari rumah, Ainsley? Takkanlah hanya kerana bapa kau mengongkong, kau sanggup buat kerja gila macam ni? Mind to share it with me?"

Colby menyoal tetiba setelah seketika kami berdiam diri. Aku meletak tangan ke atas palang besi. Keluhan berat, aku lepaskan perlahan. Colby menantikan jawapan dariku dengan muka ingin tahu.

"Hurmm, how do I say this without sounding-  I'm just being stupid?"

"I won't judge, Ains. I promise."

"Urmm, bapa saya rancangkan perkahwinan untuk saya. That's it."

"Huh?"

Colby menjungkit sebelah kening mendengar jawapan jujur dariku. Sejenak, dia pandang wajahku dari sisi dengan muka seakan tidak percaya. Aku menjeling kepadanya dengan pipi yang sedikit merah. He's thinking I'm just being stupid, isn't he?

"Awak cakap awak takkan judge saya, bukan? Saya tahu, tindakan saya ni tindakan bodoh. But, you won't understand."

"Aku tak judge kau, Ains. Its just..."

"Its just what? Hidup saya dikawal ketat, Colby. Kemana saja saya pergi, ayah atau ibu saya akan ikut. Its just so exhausting. Saya bukan lagi budak-budak. I'm a full grown women. I'm sick of it. Sekarang, mereka mahu atur jodoh saya? Itu sudah melanggar batas. They want me to marry a man who I doesn't even know. I can't accept that. Jujur saya cakap, Colby. Saya tidak pernah ada kawan mahupun teman lelaki. Its must feel very awkward to have this strange man to be my husband. I mean, come on... That's unacceptable."

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now