14 | Lakaran

223 53 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Memandangkan Colby masih belum bangun dari tidur, hanya tinggal aku yang berjaga di dalam ruang apartment milik Eva tersebut. Disebabkan bosan, aku mengambil keputusan untuk melukis sementara menantikan Colby terjaga nanti.

Usai sahaja mandi dan bersiap, aku mengeluarkan set alatan melukis ringkas yang aku bawakan dari rumah. Buku lukisan dan beberapa warna air asas, aku letakkan ke atas meja kayu. Tidak dilupakan juga sebatang pensil kayu HB dan juga pemadam lembut.

Dikala aku mengeluarkan smartphone dari poket hadapan bagasi, aku perasan begitu banyak panggilan yang aku dapat dari ibu dan ayah. Chat juga memenuhi peti masuk. Bawah bibirku digigit lembut melihat semua notifikasi tersebut.

Mungkin aku patut tutup sahaja smartphone ni? I don't even need it for now, right? Aku yakin, jika aku baca chat dari ibu dan ayah, hati aku akan berasa tidak senang. Aku tahu mereka risaukan aku.

But, I need some space for now. Sejujurnya, aku sudah terasa tawar hati untuk ke London. Semua insiden yang menimpa sebelum ini membuatkan aku sedar yang aku  sememangnya tidak mampu berdikari.

I need mom and dad, and they sure need me. Tetapi, buat masa sekarang, aku mahu rasakan kebebasan sebelum aku 'dikurung' semula dengan pilihan ayah. Marriage is a prison. I knew that well. Let me savor my freedom for awhile.

Smartphone, aku matikan setelah seketika bermonolog di dalam hati. Setelah smartphone tersebut diletakkan ke dalam bagasi, aku mulai fokus dengan karya yang aku mahu hasilkan. Tanganku mulai melakar akan suasana di stesen New Street Birmingham. Segala situasi dan perasaan yang aku alami ketika berada di sana, aku curahkan ke dalam lakaran tersebut.

When I reached there, I feel joy. I feel free. I saw the world for the first time in my life. I want to capture that feeling. Senyuman tidak dapat aku tahankan tatkala aku leka melakar lukisan tersebut.

"Mana Eva, Ains?"

Suara maskulin kedengaran menegur dikala aku leka melakar lukisan. Kepalaku berpaling ke sisi kanan. Kelihatan Colby tercegat di hadapan pintu bilik dengan muka yang jelas memaparkan dia masih lagi mengantuk. Aku terasa agak segan melihat dia tidak berbaju. Hanya seluar tracksuit yang tersarung di bawah tubuhnya.

But, I do notice his tattooes covered up both his arms. And, yeah. Aku mengaku. Dia sememangnya kacak dengan tatu-tatu tu. This time, the tattoo suit him well. I can't help but to blush.

"Urh, urmm... Dia keluar. Ke bengkel. Dia cakap dia sedang uruskan permintaan awak semalam."

Aku menjawab pertanyaannya tadi seraya berpaling semula ke depan. Colby mengangguk. Dia menguap kecil. Langkahnya diorak masuk ke dalam bilikku. Tanpa segan silu, dia terus duduk di birai katil yang berada betul-betul di belakangku.

"Awal betul dia keluar, ya? Tak sempat aku nak jumpa anak perempuan dia. Haih... Curse me, really. Aku terlajak tidur."

Colby merungut perlahan. Aku kembali melakar tanpa berpaling kepada dia.

"Saya sempat jumpa Meredith tadi. She's totally adorable. Sangat petah bercakap. Rugilah awak."

"Really? Damn it, I miss big time."

"Awak boleh jumpa dia bila Eva balik nanti. By the way, Colby... Apa yang awak minta dari Eva? Mind to tell me?"

Aku meminta dengan nada bersahaja. Colby menggosok belakang kepala, kemudian dia turun dari birai katil. Si lelaki berambut panjang separa bahu tersebut duduk bersila di sebelahku.

"Nothing much. You'll see soon enough. Apa kau buat ni? Drawing?"

Colby menyoal setelah dia sedar akan apa yang aku buat. Kepalaku diangguk kecil. Colby merapatkan tubuh untuk melihat lakaran yang aku hasilkan.

"Saya cuba hasilkan lakaran Stesen New Street di Birmingham. Is it okay?"

Aku menyoal meminta pendapat seraya berpaling kepadanya. Colby memegang dagu sambil terus memerhati lukisanku itu. Entah mengapa, aku seakan tertarik untuk terus memerhati wajahnya dari sisi. Mata birunya tampak begitu jelas kebiruannya dan baru aku sedar bahawa bulu mata Colby ni panjang dan melentik.

His eyes is beautiful. Malangnya dia memakai cermin mata, jadi agak membazir di situ. He should wear a lens maybe?

"You're so friggin good. Seriuslah ini lakaran kau?"

Butir kata dari Colby membuatkan aku tersedar dari terus memerhati dia. Pipiku digaru untuk menenangkan diri. Stop staring at him, Ainsley. He would notice if you do that often.

"Yes. Saya tak beritahu awak ke? I am an artist. Lukisan-lukisan saya banyak dipamerkan di galeri bapa saya. Proud to admit, but many people would buy my piece for a high price."

"Wow. Really? Girl, you're so talented."

Colby memuji sambil tersengih. Senyumannya itu balas. Tanpa disangka, tanganku yang memegang pensil, Colby gapai perlahan. Terlepas pensil kayu tersebut dari tanganku dek tindakannya itu.

"The hand of an artist, huh? Hurmmm..."

Colby berkata sendiri sambil mengusap belakang telapak tanganku dengan ibu jari. Jantungku mulai berdebar kencang dek sentuhannya itu. Pipiku juga mulai terasa hangat. Disebabkan terasa segan yang teramat sangat, aku menarik tanganku dari pegangan Colby. Lelaki tersebut tersentak kecil.

"Urmm, nothing is special with my hand."

"Sorry. Didn't mean to touch you so casually like that."

"Its fine."

Aku membalas pendek sambil memalingkan muka ke arah bertentangan. Colby menggosok batang hidung melihat reaksi dariku. Sorry, Colby. It's not like I hate you touching me like that, its just...

I'm blushing like hell right now. I don't want you to see me like this.

"Is that me?"

Colby menyoal tetiba. Aku kembali berpaling ke arah lakaranku sebentar tadi. Si lelaki berambut panjang separa bahu menunjuk ke arah lakaran seorang lelaki dengan jaket bomber. Aku terus tersenyum seraya mengangguk.

"Yes! Its you. Did I get it right?"

"Hurm, aku sememangnya tinggi macam tu ke? Aku tak rasa aku tinggi macam tu. This is you, right? Aku rasa, kau tidaklah sependek tu."

"Hahaha! You're one tall dude, Colby. Saya cuma separa dada awak."

"Really? I don't think so."

"Get up, then. Kita sukat ketinggian."

Colby serta-merta bangun dari terus duduk bersila. Aku juga bangun. Kami berdiri dan memandang diantara satu sama lain. As you guess it, I was right. Aku sememangnya cuma separa dada dia. Colby bercekak pinggang. Aku tersengih nakal dengan muka berpuas hati.

"See? I was right."

"Aku baru perasan yang kau ni pendek, haha!"

"Aku baru perasan yang kau ni pendek, haha!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Our Magic Moment™Where stories live. Discover now