8 | Teasing

349 51 1
                                    

WORCESTER, ENGLAND (8PM)

Setelah hampir 6 jam berada di dalam perut kereta api, akhirnya aku dan Colby tiba di stesen kereta api Worcester. Penumpang-penumpang yang ada semuanya beransur-ansur keluar sambil membawa barangan masing-masing. Disebabkan aku yang sememangnya naif dengan dunia luar, aku hanya mengikut hala tuju Colby tanpa sebarang bantahan.

Kami berdua bergerak keluar dari stesen kereta api tersebut. Suasananya tidaklah sesibuk seperti di stesen New Street mahupun Piccadilly. Jadi, aku tidaklah terasa lemas dengan manusia. Angin sejuk terasa dingin menyentuh wajah dikala kami berjalan di kawasan pejalan kaki yang terletak bersebelahan dengan jalan raya.

Aku memerhati sekeliling dengan muka teruja. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Worcester. Ianya terasa begitu nyaman berada di sini. Suasananya tenang dan damai. Di sisi kiriku, kelihatan akan sebuah sungai besar yang mengalir deras. Beberapa bot kecil tampak belayar bersama kerlipan-kerlipan lampu berwarna kuning keemasan. Walaupun waktu sudah malam, tetapi lampu-lampu jalan yang ada membuatkan suasana terasa begitu selamat.

I love this place. Really.

Pandanganku beralih pada si lelaki bercermin mata bulat. Colby kelihatan leka menatap skrin smartphone miliknya sambil menaip sesuatu. Mungkin dia sedang berbalas chat dengan kawan yang dia mahu jumpa tu? Langkahku diorak pantas agar dapat berjalan seiringan dengannya.

"Awak tahu dimana rumah kawan awak tu?"

Aku menyoal dengan nada ingin tahu. Langkah Colby terhenti, begitu juga denganku. Si lelaki bercermin mata menggosok rambutnya dengan muka tidak berpuas hati.

"Nope. Ini kali pertama aku datang ke sini. So, I don't know a things. Eva langsung tak balas chat aku. Call aku pun dia tak angkat. Apa masalah dia ni sebenarnya? This is irritating, really."

Colby merengus kecil sambil menggigit bawah bibir. Aku mengangkat bahu. Hey, aku cuma ikut dia. Jika dia sesat, aku juga sesat. Mungkin kawan dia si Eva tu sibuk?

"Hurm, mungkin dia sibuk? Nanti dia balaslah chat awak tu."

"Yeah, maybe. Jika dia berdiam diri macam ni, memang terkandaslah kita di sini."

"Haha, jangan risaulah. Sementara awak tunggu balasan chat dari dia, boleh kita makan malam dulu? Saya lapar sekarang ni."

Aku meminta tanpa berfikir dua kali. Colby mengukir senyuman. Dahiku, dia tunjal lembut dengan jari telunjuk.

"Baru sekarang kau rasa lapar. Aku agak kau sudah selesa dengan aku sekarang. Sure, Ains. Lets find a place to eat."

Colby memberi persetujuan seraya kembali berjalan ke depan. Aku berjalan beriringan dengannya. Sambil kami berjalan, sambil aku perhatikan jika ada kafe mahupun restoran di sekitar kawasan itu. Tuah menyebelahi aku apabila aku ternampak akan sebuah kafe kecil yang terletak di betul-betul di tebing sungai besar.

"There, I spot a cafe. Kita boleh makan di situ."

Aku beria mengajak seraya menggapai tangan Colby. Si lelaki bercermin mata dengan rambut separa bahu tersebut agak tersentak dengan perbuatanku itu, namun dia langsung tidak melawan. Kami berdua berjalan masuk ke dalam kafe kecil tersebut. Alunan muzik lembut menyambut gegendang telinga tatkala pintu kayunya dibuka.

Aku dan Colby memilih tempat duduk yang terletak di pelantar kayu. Ianya terletak betul-betul di tepian sungai besar tersebut. Aku tersenyum puas hati seraya meletak bagasi di sisiku kerusi kayuku. This is a very nice spot. Suasananya romantik, dan aku sukakannya. Colby duduk di kerusi berhadapan denganku.

"Kau asyik tersenyum, Ains. Kau sukakan tempat ni? You look somewhat happy."

Colby menegur dikala aku asyik membelek helaian buku menu yang tersedia di atas meja. Pandangan mata coklatku tertacap kepadanya bersama sengihan ceria.

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now