10 | Meet Eva

212 50 2
                                    

Sebaik sahaja kami keluar dari kafe kecil, kelihatan akan sebuah kereta klasik berwarna hitam pekat sudah menunggu di sisi jalan. Colby melambaikan tangan ke depan. Seorang gadis berambut merah menyala keluar dari kereta untuk menyambut kedatangan kami berdua. Aku mengheret bagasi menghampiri kereta tersebut.

"Oh boy! Its really is you, Colby! Come here, you son of a gun!"

Si gadis bernama Eva terus meluru ke arah Colby seraya memeluk lelaki tersebut. Si lelaki bercermin mata bulat terkekeh ketawa dek tindakan drastik gadis itu. Aku hanya mampu tercegat memerhati mereka berdua. Si gadis berumur pertengahan 20an yang masih memeluk Colby tersebut, aku perhatikan dari atas hingga bawah.

Si gadis bernama Eva ini berambut panjang sehingga ke pinggang, dan rambutnya itu diwarnakan merah menyala. Gayanya pula seakan gaya punk rock. Dengan telinga bersubang dan bibir yang bertindik. Pakaiannya pula serba hitam dari jaket kulit, berseluar jeans ketat dan berkasut but sehingga ke betis.

She is pretty, don't get me wrong. Its just, her style doesn't really suit my taste.

Seusai berpelukan, Eva menepuk-nepuk kedua bahu Colby bersama senyuman lebar. Si lelaki bercermin mata bulat bercekak pinggang dengan muka bangga.

"Hell man... Sudah berapa lama kita tidak berjumpa? Lima tahun? Sepuluh tahun? Fuck, you still look good. Mereka layan kau okay?"

"Ah, Eva. You know how the systems are, right? For your information, its ten years. Tergamak kau lupa kawan baik kau sendiri. This broke my heart."

"Ah, hahahaha! Maaflah, aku sibuk dengan keluarga sekarang. Masa sekarang berlalu dengan pantas."

"Yeah, you got a point there. Eh, nantilah kita bersembang. Aku tumpang rumah kau malam ni, boleh?"

Eva tersengih mendengar permintaan Colby. Dada Colby, dia tampar lembut.

"Of course. Untuk kawan baik aku, semuanya boleh. But, may I ask? Who the fuck is she?"

Eva menyoal seraya menoleh kepadaku dengan muka pelik. Aku menggaru pipi dengan muka segan. Colby cepat-cepat mendapatkan aku. Bahuku, dia pegang dengan kedua tangan.

"Eva, kenalkan, ini Ainsley Maia. Ains, this is Eva. Eva Goudy."

Colby memperkenalkan kami berdua. Si gadis berambut merah tersenyum simpul. Tangannya dihulurkan ke depan untuk bersalam denganku. Salamannya itu, aku sambut. 

Belum sempat aku melepaskan tangan dari salamannya tadi, Eva merentap tanganku ke depan. Tubuhku berganjak merapati gadis tersebut. Wajah kami merapat sehinggakan aku boleh rasa haba nafasnya di permukaan dahiku.

Did I mention this girl is so tall? She's like, 180cm tall. That is ridiculously tall for an European girl. She's the same height as Colby.

"Hurmmm~ You smell nice. I like your perfume. Ainsley, huh? I like you already."

Bisikan Eva kedengaran bergemersik di telinga. Aku mulai terasa lain macam. Tindakan refleks membuatkan aku berpaling ke arah Colby dengan muka meminta pertolongan. This girl is so weird! Help me, Colby!

Seakan faham akan maksud pandangan mataku tadi, Colby menarik tanganku ke sisi. Melihat aku merangkul erat akan lengan Colby, Eva terkekeh ketawa sambil menekup mulut. Colby mencekak pinggang.

"Cuma aku yang boleh usik dia, Eva."

"Hahaha! Who is she to you? Dia teman wanita kau? So cute! Look at her clinging to you."

"She's just a friend. Can we go now. Aku letih sekarang ni."

"Okay. Okay. I'm sorry, alright? Come, hop on."

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now