16 | Kisah Colby

386 53 5
                                    

"So, Ains... Kau cakap bapa kau rancangkan perkahwinan untuk kau, bukan? Kau pernah berjumpa dengan lelaki tu? I mean, your future husband? Kau pernah berjumpa dengan dia?"

Colby kedengaran menyoal dikala aku leka menikmati jagung bakar bersalut karamel di kawasan taman rekreasi. Si lelaki bercermin mata bulat memaparkan wajah ingin tahu seusai menangkap gambarku. Bahuku diangkat dengan lagak bersahaja.

"Nope. Never meet him. Tetapi saya ada gambar dia. Bapa saya yang berikan."

Aku menjawab acuh tak acuh sambil mencolet likatan karamel dari jagung bakar dengan jari telunjuk. Colby berjalan mendekati diriku. Kerusi berbatu tempat aku duduk, dia labuhkan punggung di sisiku. Melihat reaksi berminatnya membuatkan aku terasa seakan disindir.

Why he kept smirking like that? Its so unsettling...

"Dia kacak? Berapa umur dia? Kau tahu nama dia?"

Colby menyoal tanpa berfikir dua kali. Aku menghela nafas panjang seraya melirikkan jelingan tajam. Si lelaki bercermin mata bulat tersengih menampakkan barisan gigi putih.

"Tak perlu jeling macam tu, Ains. I know you're cute and all... But, I don't mean to pry your privacy open. Just asking solely based on my curiosity."

"Kenapa awak menyibuk sangat nak tahu? Saya tak suka kita bersembang pasal ni. Can we just change the topic?"

"Nope. Just answer my question, Ainsley."

"Quiet demanding of you, Colby. What if I say no?"

Aku membalas dengan nada menyindir. Colby meletak kamera kesayangan ke sisi, kemudian dia berpeluk tubuh. Mata biru lautnya tertacap rapat kepadaku bersama senyuman bermakna. Renungannya itu membuatkan aku terasa seperti dia sedang meneka akan apa buah fikiranku ketika itu.

Is he trying to tease me?

"Alright. Kau jawab soalan aku, dan aku akan jawab soalan kau. Anything you ask. Aku tahu, kau juga mesti nak tahu sesuatu pasal aku, bukan? So, its fair and square. How is it?"

Colby memberi cadangan sambil tersengih nakal. Aku menggigit bawah bibir. Goddamn, he is right. Aku sememangnya ada soalan yang mahu ditanyakan pasal dia. I want to know him, deeper. This is a great opportunity. I can't resist this.

Colby memaparkan muka berpuas hati apabila aku meletak jagung bakar bersalut karamel ke dalam bekas kertas. Jariku yang bersalut karamel tadi, aku hisapkan supaya bersih. Kepala diangguk sebagai tanda bersetuju dengan cadangannya itu.

"Baiklah. You better keep your promise, Colby."

"Pinky swear."

Colby membalas ceria seraya mengangkat jari kelingking. Aku mengemam bibir. He's kinda cute. I admit that. Ah, fine. Its not a big deal to answer that question, really.

"Nama dia Ryan Howard. Kalau tak silap saya, dia berumur 26 tahun. Ayah dia berkawan baik dengan ayah saya. Sejujurnya, saya pernah berjumpa dengan dia sewaktu kecil dulu. Semasa saya berumur lima tahun rasanya? Entahlah, saya sudah lupa."

Aku menjawab jujur sambil mengelus uraian rambut yang tersidai di bahu. Colby mengangguk kecil.

"Ryan, huh? Dia berkerja sebagai apa? Mesti dia berkerja hebat, kan? Sampaikan ayah kau mahu jodohkan kau dengan dia."

"Saya tak pastilah pasal tu. Tetapi, ayah ada cakap yang dia aktif dalam karya seni cat minyak. Ah, I don't know much..."

"An artist for an artist. Interesting enough..."

Colby mengangguk sekali lagi sambil memegang dagu. Aku memutar bebola mata dengan muka meluat. Urgh, artist or not, I don't want that man to be my husband. He's a stranger. I don't know him at all. Colby menoleh apabila aku menepuk pehanya dari sisi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now