7 | Permintaan Colby

255 53 8
                                    

Aku memaparkan muka seakan tidak percaya dengan mulut sedikit ternganga. Colby melepaskan tangan dari dahinya seraya melirikkan pandangan kepadaku bersama senyuman kelat. They ask him for a threesome? What the heck is wrong with them? Mereka sememangnya gila! Dasar perempuan tiada maruah! Memalukan!

"Janganlah buat muka macam tu. Aku tolak permintaan mereka. That is crazy. I won't accept something so outrageous like that."

Colby cuba menenangkan aku seolah-olah dia tahu apa yang bermain di mindaku. Genggaman tangannya, aku lepaskan perlahan. Kamera miliknya yang berada di tangan kananku, aku serahkan semula kepada dia. Colby pantas menyambut.

"Oh thanks. Aku sudah terlupa pasal kamera ni tadi."

"Terlupa sebab awak fikirkan mengenai permintaan mereka, kan? Hurrmm?"

Aku membalas dengan nada menyindir. Colby melepaskan tawa kecil melihat aku berpeluk tubuh.

"Don't be so judgemental against me, Ains. Aku ni masih waras. Sudahlah, jom kita balik ke tempat duduk."

Colby mengajak selamba. Aku hanya menurut. Kami kembali berjalan ke depan. Ah, sudahlah. He's not my boyfriend or anything to get mad, right? Those girls is not my concern. Aku memerhati Colby asyik membelek kamera miliknya dari belakang.

Sejujurnya, Colby ni boleh tahan kacaknya. Tetapi, aku langsung tidak tahu apa-apa pasal dia. Mungkin aku patut tahu serba sedikit mengenai dia?

"Apa awak buat dengan kamera tu, hurm?"

Aku menyoal untuk memulakan perbualan sementara kami berjalan untuk ke tempat duduk. Langkah Colby terhenti. Dia menyandar punggung pada kerusi kosong yang terletak di sisi kanan. Pandangan mata birunya tertacap rapat pada kamera miliknya itu. Langsung tidak menoleh kepadaku.

"Aku cuba laraskan kesesuaian cahaya untuk diselarikan dengan kadar kecerahan di dalam kereta api ni. Its kinda dark in here. So..."

"Oh, awak ni photographer lah ya?"

Aku menyoal pantas. Kali ini, Colby menoleh kepadaku sambil tersengih menampakkan barisan gigi putih. Aku turut tersenyum.

"Heh. Not really. Aku cuma ambil gambar sebagai hobi. Kamera ini sudah tua. Teknologinya tidak sehebat seperti kamera moden yang ada sekarang, but... I love this piece so much. Its means everything to me."

"I see... Berapa umur awak ni?"

"Aku? 27 tahun. You?"

"Saya 23 tahun. Nampaknya kita agak sebaya."

"Sebaya? Kau muda dari aku 4 tahun, Ainsley. But, seriously? Kau berumur 23 tahun?"

Colby menyoal kembali dengan nada seakan tidak percaya. Aku mengerut dahi melihat reaksi darinya.

"Yes, I am 23. Why?"

"Oh, nothing. You look older than me."

"Really? Awak serius?"

"Yeah. Muka kau nampak berkedut. Rambut kau juga sudah ada uban."

"Ehhhh?!"

Cepat-cepat aku cuba mengeluarkan cermin kecil dari kocek jaket labuh. Colby terkekeh ketawa melihat reaksi gelabah dariku. Melihat dia ketawa senang hati, aku tahu aku sedang dipermainkan. Colby mengangkat sebelah tangan apabila aku cuba menampar dadanya dengan pipi yang sedikit merah.

"Jangan bergurau macam tu, okay! You're scaring me!"

"Hahaha! Muka panik kau kelakar! Kau mudah diusik. I like it."

"Humph!"

Aku kembali berpeluk tubuh. Colby tersenyum lebar melihat aku bermasam muka. Sungguh, aku langsung tidak pernah bersembang dengan lelaki sebelum ni melainkan ayah. But, boy. Man can be annoying, don't they?

"Awww, little Ainsley is pouting. So cute."

"Sudahlah. Saya nak balik ke tempat duduk."

"Wait."

Belum sempat aku mengorak langkah beredar dari situ, Colby menahan. Aku kembali berpaling kepadanya. Si lelaki tinggi lampai bercermin mata bulat mengukir senyuman menawan. Aku menelan air liur melihat senyumannya itu.

"Kalau kau benarkan, boleh kau jadi model aku?"

Colby meminta dengan nada separa berbisik. Aku memaparkan wajah kosong kepadanya. Model? Apa maksud dia? Niatku untuk beredar dari situ, tergendala.

"Care to elaborate, Mister Colby?"

"Ah, you see... Aku sekarang sedang mengembara untuk dijadikan pengalaman. So, I want to capture the essense of memory that will become my treasure someday. Memandangkan kau ada bersama aku sekarang, aku mahu ambil gambar kau sebagai koleksi pengembaraan aku nanti. But, worry not. Those picture will not be publish publicly. Semua gambar tu akan dijadikan koleksi peribadi aku. How is it?"

Colby menjelaskan kepadaku panjang lebar. Buat seketika, aku berdiam diri sambil memegang dagu. Dia sedang mengembara, huh? Patutlah dia bawa beg hiking besar tu. I can't see any harm in it, and I think Colby can be trusted.

But...

"Awak cakap saya nampak tua, kan? Layak ke saya jadi model awak? Saya ni kan cuma gadis kampung? Hurmm?"

"Itu aku cuma bergurau. And, yeah... You're the 'village girl'. But, that's what I like about you."

"What you like about me, hurm?"

Colby tersenyum simpul mendengar soalan dariku. Pandangan mata birunya tertacap kepadaku dengan pandangan redup. Sebelah tangannya mulai dilunjurkan ke depan. Sentuhan tangannya terasa lembut mengusap helaian rambut hitam pekatku, kemudian usapannya itu turun ke pipi dan akhirnya ke dagu.

"You look homely, Ainsley. Sara was right. You're so pretty."

Serta-merta aku terkesima mendengar bisikan dari Colby. Si lelaki berambut panjang separa bahu melepaskan sentuhan tangan dari daguku. Melihat aku yang tersipu malu, Colby sedar akan perbuatannya. Dia menekup belakang leher dengan pipi yang merona merah. Buat seketika, kami berdiam diri tanpa sepatah kata. Colby menggosok batang hidung apabila mata coklatku tertacap rapat kepadanya.

"Sorry for being cringey. Kau boleh tolak permintaan aku tu. Haha, its just some random non-"

"Its fine. Saya terima permintaan awak tu. Memandangkan awak tolong saya, jadi saya rasa... Saya patut tolong awak."

Aku memberi jawapan dengan muka serius walaupun jantungku belum surut debarannya. Colby memaparkan riak wajah gembira. Kameranya terus diangkat ke depan. Aku terpinga-pinga apabila gambarku diambil tanpa sebarang amaran.

"And, that is the first picture. Perfect!"

"But, but... I'm not ready! Rambut saya masai dan saya-"

"Thanks, Ainsley. This will be our greatest adventure yet!"

"Padam gambar tadi! I am not ready!"

"Padam gambar tadi! I am not ready!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Our Magic Moment™Where stories live. Discover now