3 | Name's Colby

329 51 9
                                    

"Kenapa ayah mesti nak kawal hidup Ains!? This is not fair! Okaylah, ayah mahu Ains hidupkan legasi ayah sebagai seorang artis seni dan segala urusan galeri ayah, Ains yang uruskan! Sekarang, ayah nak paksa Ains berkahwin dengan lelaki yang Ains tak kenal?! My answer is no! Fullstop!"

"Sebab Ains satu-satunya anak perempuan ayah. Sekarang, Ains sudah berumur 23 tahun. You already become a woman. Lagipun, bakal suami Ains tu anak kepada kawan ayah ketika ayah menuntut di universiti dulu. He is a good man, with a good background."

"Yeah, everyone in this town is your friends! Ains tak nak! Ayah langsung tak faham dengan kehendak Ains! Please, for once, be considerate!" 

"Okay-okay. Janganlah melenting macam ni, Ains. Apa yang ayah minta cuma Ains berkenalan dulu dengan lelaki tu. He is nice. Quite handsome too. Mungkin Ains akan sukakan dia."

Ayah memujuk dengan nada lembut. Senyuman kelat terukir di bibir tuanya. Aku menyilangkan tangan ke dada dengan mimik muka menyampah. Buat seketika, aku dan ayah bertentang mata. Ibu cepat-cepat mendapatkan aku. Bahu kananku, dia usap lembut dengan kedua tangan. Aku menjeling dengan pipi yang sedikit memerah. 

"Ains, janganlah marah-marah macam ni. Apa yang kami mahukan cuma Ains berkenalan dulu dengan dia. Ibu dan ayah sudah berjumpa dengan lelaki tu. Ibu bersetuju dengan ayah, he is nice. Soft spoken and well mannered. Hurm? Ains berjumpa dulu dengan dia, ya?" 

Ibu memujuk lembut. Aku merengus geram. Tangannya yang mengusap bahuku, aku tolak ke tepi. 

"I said, i don't want too! Kenapa ayah dan ibu susah sangat nak faham!? Sudahlah! Ains tak nak cakap lagi pasal ni! Its hella annoying!" 

Tempikan aku membuatkan ibu dan ayah terperanjat kecil. Tanpa membuang masa, aku beredar ke tingkat kedua rumah sambil menghentak kaki. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, pintunya dihempas kuat.

\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*

[We will arrive to Birmingham New Street station approximately 15 minutes.]

Aku terjaga dari lena apabila suara pengumuman dari pengurusan kereta api kedengaran bergema di telinga. Serta-merta aku mengusap muka dengan kedua telapak tangan untuk menyegarkan diri. Keadaan sekeliling, aku perhatikan dengan muka mamai. Aku sudah hampir tiba di stesen New Street rupanya. Nasib aku terjaga. Sudah berapa lama aku tertidur agaknya? 

Kepala aku sandarkan ke jendela di sisi kiri. Entah mengapa, aku kerap tertidur sekarang ni? Mungkin kerana fikiranku yang masih berserabut? Hah, sudahlah. Jangan fikirkan apa-apa lagi, Ainsley. Kau sudah buat keputusan yang betul. Ibu dan ayah yang salah, bukan aku. 

Setelah 15 minit berlalu, kereta api tiba di stesen New Street. Aku bingkas bangun sambil mengikat rambut supaya menjadi sanggul. Bagasi yang terletak di tempat simpanan, aku gapai perlahan. Namun begitu, tatkala aku mahu mengambil beg tangan, ianya tiada di situ. Dahiku berkeriut seribu. Eh, dimana beg tangan aku? Kalau tak silap aku, beg itu, aku letakkan betul-betul di sebelah aku. 

Wait! Adakah semasa aku tidur tadi, ada orang curi beg tangan aku!? 

Ketika itu, jantungku mulai berdebar kencang! Nafasku mulai merombak menahan debaran di dada! Kelam-kabut aku mencari beg tanganku itu, namun langsung aku tidak jumpa! Ianya hilang! Hanya tinggal bagasi sahaja! 

"Crap! Crap! Crap! Crap!" 

Aku menyumpah seranah sambil mengeledah bagasi! Tak mungkin benda macam ni berlaku! Dalam beg tangan aku itu, semua barang berharga aku ada di dalamnya! Duit, kad bank, dan juga kad pengenalan aku! This is not happening! Please tell me, this is not happening! 

Our Magic Moment™Where stories live. Discover now