12 | Volkswagen Microbus

233 50 3
                                    

Langit kelihatan gelap gelita di dada angkasa tanpa sebutir pun bintang. Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa mendinginkan keadaan. Colby menghembus hawa nafasnya ke telapak tangan untuk mengurangkan rasa kebas. Eva hanya berlagak selamba sambil berjalan beriringan dengan si lelaki bercermin mata bulat.

Mereka berdua berjalan merentasi ruang lobi yang sepi bagaikan kubur seusai keluar dari perut lif. Hanya derapan tapak kaki mereka berdua yang kedengaran menggamit suasana. Colby memalingkan muka kepada si gadis berambut merah menyala.

"Kau tahu, kan? Aku masih bengang dengan kau sebab kau jual kereta aku?"

Colby bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Eva melirikkan jelingan dengan muka tidak bersalah.

"Dari kereta tu tak bergerak, lebih baik aku jual saja. Kos maintenance untuk Mercedes G550 bukannya murah, Colby. Plus, I need the money."

"Why are you so desperate in need of money? Wang yang organisasi berikan pada kau masih tidak cukup?"

Colby menyoal dengan nada mendatar. Eva mengurut dahinya dengan sebelah tangan.

"Kau tak faham masalah aku, Colby. Its not for me, but for Meredith. Dia menghidap kanser darah dan perlukan wang yang banyak untuk tampung kos perubatan dan terapi. You know I can't get back to the old jobs for the sake of her, right? Apa pilihan yang aku ada, hurm?"

"She's sick, huh?"

"Yes, Colby. Tetapi keadaan dia sekarang sudah semakin baik. Thanks for the therapy and those hella expensive medicine. She's my precious baby, Colby. I can't let her die. She's my everything."

Eva membalas perlahan. Terpapar akan mimik muka sayu di wajahnya. Colby menyimpulkan senyuman kelat. Bahu Eva, Colby usap lembut dengan sebelah tangan.

"You did the right things, Eva. A child is much more precious than a car. Aku boleh terima alasan kau. I'm here right now. Aku boleh tolong kau kalau kau ada masalah."

Eva menyimpulkan senyuman kelat mendengar butir kata dari Colby. Setelah seketika berjalan, mereka berdua bergerak keluar dari kawasan apartment. Si lelaki bercermin mata bulat mengikut haluan Eva untuk ke kawasan belakang apartment tersebut.

Di ruang belakang apartment tersebut, terpampang akan puluhan buah kereta yang tersadai entah berapa lama. Eva mengorak langkah ke sebuah garaj lusuh yang terletak di bawah pokok yang merendang lebat. Kelihatan akan sebuah minivan yang ditutup dengan kain kanvas tebal di dalam garaj tersebut.

Colby berpeluk tubuh melihat Eva menarik kain kanvas tersebut ke sisi. Sebuah Volkswagen Microbus berwarna merah lembut terpampang di depan mata. Colby menjungkit sebelah kening. Eva tersenyum simpul melihat reaksi tidak berpuas hati dari si lelaki bercermin mata bulat.

"A minivan? Seriously, Eva?"

"What? Its cute. Ini model klasik, Colby. Highly durable. Its a Volkswagen Microbus. Sebuah minivan lagenda. I thought you might like it."

"From a Mercedes G550 into this... Crap?"

Eva terkekeh ketawa sambil menggeleng kepala mendengar rungutan Colby. Pintu minivan klasik tersebut, Eva buka selamba. Colby meninjau keadaan minivan tersebut sambil memegang dagu. Walaupun minivan tersebut merupakan model lama, tetapi ianya sudah diubahsuai sepenuhnya.

Its look almost new. From exterior into interior. Its splendid for almost a decades car.

"Kau tak perlu risau, Colby. Minivan ni sudah dibaiki sepenuhnya. Its look new, isn't it?"

"Aku mahu mengembara di sekitar Eropah, Eva. Kau pasti minivan ni tak timbulkan masalah nanti?"

"Mengembara? Come on, Colby. This is the best minivan for that kind of shit. Look. Bahagian belakang ni kau boleh ubahsuai untuk dijadikan tempat menginap kau. Its big enough for you to sleep."

Eva memberi cadangan sambil membuka pintu di bahagian belakang. Colby menggaru dahi. Wajahnya seakan sangsi dengan cadangan dari si gadis berambut merah tersebut.

"Ruangnya agak sempit, Eva. Kau tahu, kan? Aku berdua dengan Ainsley? Where she's gonna sleep then?"

Colby menyoal tidak berpuas hati. Eva mengecilkan kelopak mata sambil memandang si lelaki bercermin mata bulat tersebut.

"Dia ikut kau, huh? What's the deal with the girl, anyway? Setahu aku, kau tak pernah ada kawan perempuan macam tu? She's much different from us. Who is this Ainsley, actually?"

Eva menyoal untuk merungkai kebenaran. Colby menarik nafas dalam-dalam, kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Eva menantikan jawapan dari Colby dengan muka ingin tahu.

"Aku terjumpa dengan dia di stesen New Street Birmingham. Beg tangan dia dicuri, dan segala barang penting milik dia hilang. So, I help her since she look so desperate and naive."

"I see..."

Eva melirikkan pandangan nakal seusai Colby memberi penerangan. Si lelaki bercermin mata bulat memaparkan wajah meluat.

"What?"

"Kau sukakan dia, bukan?"

"Eh? Mengarutlah! Aku cuma tolong dia. Tak lebih dan tak kurang."

"Come on, Colby. Kau fikir kau boleh tipu aku? Aku kenal kau semenjak kau berumur 15 tahun. This Ainsley totally your type. Soft and well mannered girl. Peachy cute butt. Kinda cute and easy to the eye. Aku perasan cara kau layan dia tadi. Dari cara kau pegang tangan dia, kau sememangnya sukakan dia. Just admit it, will ya?"

Eva membidas panjang lebar bersama senyuman bermakna. Colby berpaling ke sisi dengan pipi yang sedikit merah dek menahan segan. Si gadis berambut merah melabuhkan punggung di ruangan kosong minivan tersebut.

"Am I that obvious?"

"Yup. Tetapi itu hal kau. Aku takkan ganggu hubungan kau dengan dia. She's a good girl. I can see that much."

Eva membalas selamba. Colby kembali berpaling kepada Eva dengan reaksi lega.

"Thanks, Eva. But, don't you dare said a words to her about this. Just shut your cake hole tight!"

"Alright, alright, Mr Coward. I'll zip my mouth. So, enough about that. Macam mana dengan minivan ni? You want it?"

Eva mengubah topik perbualan. Colby mengangkat kedua bahu.

"Apalagi pilihan yang aku ada? Tapi, aku ada satu permintaan dari kau. Can you renovate the back interior into a simple camphouse like you suggested? Kalau boleh, aku nak ruang yang muat untuk dua orang. Can you do it?"

Colby meminta sambil memerhati ruang dalam belakang minivan tersebut. Eva tersenyum seraya menganggukkan kepala.

"Sure. Tetapi aku perlukan masa dalam tiga hari. Kau boleh tunggu?"

"I can."

"Good. Mungkin aku patut tukar sistem suspension minivan ni kepada yang lebih berkualiti. Like Ohlin or something?"

Eva berkata seraya memeriksa sistem suspensi minivan klasik tersebut. Colby berjalan mendekati Eva dari sisi. Keadaan suspensi minivan tersebut, mereka berdua belek seketika.

"Its look good to me. Why need to change?"

"Oh, nothing. I just think, you need a better suspension when you hump her soon, yeah?"

"Yeah, you better- Wait, what?"

"Hahaha! gotcha!"

"Hahaha! gotcha!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Our Magic Moment™Where stories live. Discover now